Spritzer Bawakan Kempen SILIQA Untuk Didik Pengguna Tentang Manfaat Silika Dalam Penghidratan

October 21, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Air bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga — ia juga kunci kepada kecantikan dan kesejahteraan diri. Menerusi kempen terbaharunya yang dinamakan SILIQA, Spritzer Bhd, jenama air mineral semula jadi terkemuka di Malaysia, mengajak orang ramai untuk meneroka “rahsia terbaik anda” melalui penghidratan yang kaya dengan silika.

Kempen ini mengetengahkan peranan silikon dioksida, atau lebih dikenali sebagai silika, yang terdapat secara semula jadi dalam Air Mineral Semula Jadi Spritzer. Bahan ini bertindak sebagai ejen yang membantu menyokong penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih anjal, sendi yang sihat serta kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.

Menurut Spritzer, ramai pengguna kini memilih air minuman berdasarkan jenama atau kemudahan semata-mata tanpa mempertimbangkan manfaatnya. Oleh itu, SILIQA ingin mengubah mentaliti ini dengan menunjukkan bahawa penghidratan bukan sekadar rutin.

Penggunaan silika ini disokong oleh pakar sains dan perubatan yang mana mereka menyatakan bahawa air Spritzer mengandungi kandungan silika yang selamat, mudah diserap dan terbukti memberi manfaat kepada tubuh — menjadikannya pilihan yang bukan sahaja menyegarkan, tetapi turut membantu mengekalkan keserian kulit, kecergasan dan daya tahan diri.

Alami Kehebatan SILIQA Melalui Filem Dan Siri Jelajah

Bagi membawa mesej ini lebih dekat kepada pengguna, Spritzer turut melancarkan filem pendek bertajuk “Temui Rahsia Terbaik Anda” yang dibintangi oleh duta jenama Spritzer, Anna Jobling.

Filem tersebut menonjolkan keajaiban penghidratan kaya silika dalam mempertingkatkan keanjalan kulit, kelancaran pergerakan tubuh dan kecantikan semula jadi seseorang. Penonton boleh menonton video ini di laman YouTube dan Instagram rasmi Spritzer.

Selain tayangan di TV, filem tersebut turut akan dipaparkan di skrin digital awam serta pelbagai platform atas talian utama.

Bukan itu sahaja, bagi memberi peluang pengguna merasai pengalaman SILIQA secara langsung, Spritzer akan menganjurkan siri jelajah interaktif Trak LED Kaca SILIQA bermula 28 Oktober hingga 10 Disember 2025.

Trak ini akan berada di Lot 10 Premier Terrace, Kuala Lumpur dari 31 Oktober hingga 2 November 2025, sebelum menjelajah ke Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Setiap lokasi akan menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan permainan papan untuk semua peringkat umur, selain peluang untuk berkongsi pengalaman di media sosial dan memenangi hadiah eksklusif. Jadual penuh siri jelajah ini boleh didapati di laman mikro rasmi kempen SILIQA.

Koleksi Eksklusif SILIQA Squad Plushies

Bagi peminat Spritzer, kempen ini turut menawarkan koleksi edisi terhad empat SILIQA Squad Plushies — setiap satu mewakili manfaat semula jadi silika iaitu keserian kulit, fleksibiliti sendi, kekuatan tulang dan rambut yang sihat.

Dengan pembelian minimum RM15 produk Air Mineral Semula Jadi Spritzer dari 24 Oktober hingga 21 Disember 2025, pengguna boleh menebus plushie edisi terhad ini di gelanggang pickleball terpilih sekitar Lembah Klang, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen SILIQA dan produk Spritzer, layari www.spritzer.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd