NakNak Melancarkan Siri Fiery Geprek – Menampilkan Burger Dan Ayam Goreng Dengan Sambal Pedas
Lina Rosli
NakNak baru-baru ini hadir dengan siri baharu Fiery Geprek Series — menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada fenomena ayam geprek yang semakin digemari ramai.
Menampilkan dua pilihan utama iaitu Fiery Geprek Burger dan Fiery Geprek NakDak, siri baharu ini menjanjikan pengalaman rasa yang membara dengan kehangatan sambal pedas ala NakNak yang pastinya menarik perhatian para penggemar jenama ini.

Untuk Fiery Geprek Burger, ia menampilkan hidangan yang menawarkan gabungan rasa pedas, manis dan lemak. Ia hadir dengan paha ayam goreng rangup berwarna keemasan, dilapisi dengan sambal istimewa Naknak, kobis goreng rangup serta sos mayo kicap hitam yang berkrim dan kaya rasa. Melengkapkan burger ini, ia diapit degan roti bun lembut yang disalai dengan mentega.
Bagi yang berminat, Fiery Geprek Burger ini ditawarkan pada harga bermula RM16.90.

Sementara itu, Fiery Geprek NakDak pula membawa gaya ayam goreng Korea ke tahap lebih berani – hadir dengan tekstur yang rangup dan isi dalam yang lembut. Ayam goreng ini menampilkan paha ayam tanpa tulang digoreng hingga keemasan dan disalut dengan sambal cili NakNak, dihidangkan bersama kobis goreng rangup dan siraman mayo kicap hitam. Bagi yang berminat, hidangan ini ditawarkan pada harga bermula RM15.90.

Untuk Fiery Geprek Series ini, ia akan tersedia untuk masa terhad di semua cawangan NakNak seluruh negara bermula 21 Oktober 2025, bagi pelanggan yang ingin menikmati hidangan di restoran atau dibawa pulang.