Pak Mat Western Memperluaskan Jenama Menerusi Pengenalan Nugget Buatan Sendiri
Lina Rosli
Baru-baru ini, di sebuah acara jerayawara Pak Mat Western di Ipoh, jenama kambing perap popular ini dilihat melangkah setapak lagi ke hadapan di dalam industri makanan segera – yang mana kini jenama ini mula memperkenalkan nugget pertama keluaran sendiri.
Bagi anda yang mengikuti perkembangan Pak Mat Western, pengenalan produk sedia makan baharu ini merupakan usaha dalam memperluaskan penawaran produknya – agar sesuai dinikmati oleh semua peringkat usia.

Berdasarkan perkongsian Pak Mat Western di laman media sosial rasmi mereka, produk nugget ini masih ditawarkan secara terhad dan sekiranya mendapat permintaan yang tinggi, ia akan mula dipasarkan ke lebih banyak lagi lokasi di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, untuk produk nugget mereka yang pertama ini, Pak Mat Western hadir dengan nugget tempura berkeju yang dijangka akan menepati citarasa kanak-kanak dan ibu bapa.