New Balance Buka Run Hub Pertama Di Asia Tenggara Di Suria KLCC – Tawar Servis Pinjaman Kasut Untuk Sesi Uji Lari Di Taman KLCC

October 23, 2025
Sukan

Lina Rosli

New Balance secara rasmi membuka Run Hub pertamanya di Asia Tenggara – terletak di Suria KLCC. Lebih daripada sekadar ruang runcit, Run Hub ini dibina sebagai pusat aktiviti yang mencerminkan komitmen jenama terhadap budaya larian.

Sebelum ini, Run Hub New Balance telah diperkenalkan di Jepun dan China, dan kini konsep tersebut dibawa ke Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara.

Di dalam ruang ini, pelari boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk:

  • ruang penyimpanan beg yang selamat
  • pinjaman kasut larian New Balance untuk sesi uji lari di sekitar Taman KLCC
  • imbasan 3D kaki dengan sesi perundingan khusus bagi membantu mereka mendapatkan saiz dan kesesuaian kasut yang ideal

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke kedai konsep ini, Run Hub KLCC dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam yang terletak di Lot 153-155, Aras 1, Suria KLCC.

Untuk maklumat lanjut dan foto, layari laman rasmi New Balance Malaysia di Facebook (@NewBalanceMalaysia) dan kongsi pengalaman anda dengan tanda pagar #NewBalanceMY #RunHubKLCC.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd