Sunshine Bakeries Memperkenalkan KOMUGI GOLD Roti Mil Penuh Dark Rye
Lina Rosli
Sunshine Bakeries memperkenalkan KOMUGI GOLD Roti Mil Penuh Dark Rye. Bagi yang tidak mengetahui, ia ialah roti campuran antara tepung gandum Jepun (komugi) yang lembut dengan rai gelap dan lima jenis bijirin berkhasiat iaitu biji rami, barli, oat, biji chia dan biji bunga matahari. Gabungan ini menghasilkan tekstur lembut dan rasa semula jadi yang kaya — menyerupai roti artisan Jepun.
KOMUGI GOLD merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri SHOKUPAN GOLD, dan kali ini Sunshine menampilkan roti mil penuh rai gelap pertama mereka di Malaysia. Setiap kepingan roti mencerminkan seni pembuatan roti Jepun yang menekankan keseimbangan rasa, tekstur dan kualiti.

Untuk menikmati KOMUGI GOLD Roti Mil Penuh Dark Rye dengan cara terbaik, bakar seketika sehingga permukaannya sedikit rangup bagi menyerlahkan aroma rai gelap dan bijirin.
Kemudian, nikmatinya bersama sapuan mentega, madu atau krim keju untuk rasa yang lembut dan mewah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjadikannya sandwic sihat dengan isian seperti avocado, telur rebus atau ayam salai.
Bagi yang ingin mendapatkannya, KOMUGI GOLD Roti Mil Penuh Dark Rye boleh didapati di kedai serbaneka serta pasar raya utama di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka.
Untuk maklumat lanjut, layari www.sunshinebakeries.com.my atau ikuti Sunshine Bakeries di Instagram (@sunshinebakeries.my) dan Facebook (@Sunshine Bakeries Malaysia).