ante Hadir Dengan Koleksi Baharu IZIPIZI Dan Ringo Di Malaysia
Lina Rosli
Menjuarai inovasi, seni dan rekaan berfikir, ante — kumpulan kurator berpangkalan di Singapura yang terkenal dengan produk gaya hidup berasaskan reka bentuk — kini memperkenalkan dua tambahan istimewa dalam portfolionya untuk musim ini untuk jenama IZIPIZI dan juga Ringo.
Menerokai jenama IZIPIZI, kini jenama ini telahpun meraikan ulang tahun ke-15. Bgai yang tidak mengetahui, jenama kaca mata dari Perancis ini hadir dengan koleksi kapsul bahatu untuk musim sejuk iaitu #FLASH. Menerusi koleksi ini, anda boleh menggayakan kaca mata yang sesuai digayakanuntuk gaya hidup aktif dan dinamik.

Koleksi IZIPIZI #FLASH ini menampilkan rekaan ringan dan uniseks yang diperbuat daripada bahan bio-sumber, disempurnakan dengan kanta foto-kromatik yang mampu menyesuaikan tahap keterangan daripada kategori 1 ke kategori 3 mengikut perubahan cahaya semula jadi. Ia turut menawarkan perlindungan UV sepenuhnya dan sistem pengudaraan anti-kabus yang memastikan penglihatan kekal jelas walaupun ketika aktiviti intensif.
Menariknya, koleksi ini tampil dalam tiga warna – Black, Crystal dan Red Boost yang menonjolkan gaya ekspresif tanpa mengorbankan prestasi. Bagi yang berminat, koleksi ini ditawarkan pada harga bermula RM499 dan boleh didapati secara eksklusif di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, label gaya hidup ante, Ringo, turut memperkenalkan Ringo Pro Water Bottle, botol air moden yang menggabungkan fungsi pintar dengan reka bentuk bergaya untuk keperluan harian.
Apa yang menarik juga, botol air ini menawarkan pengalaman hidrasi yang lebih pintar. Dihasilkan daripada aluminium ringan dengan kemasan serbuk kusam, botol ini dilengkapi penebat dwi-dinding yang mengekalkan minuman sejuk sehingga 24 jam atau panas selama 12 jam.

Bukan itu sahaja, Ringo Pro Water Bottle juga dilengkapi dengan magnetic booster ring terbina yang membolehkan pengguna meletakkan telefon pintar pada pelbagai sudut — memudahkan panggilan video, tontonan kandungan atau tugasan tanpa sentuh di mana sahaja anda berada. Reka bentuknya yang minimal dan kemas turut sesuai digunakan dari meja kerja hingga ke gimnasium.

Didatangkan dalam enam warna menawan iaitu Orange, Lilac, Ivory, Green, Blue dan Black — botol ini dijual pada harga RM269 dan disertakan dengan cincin magnetik percuma. Ia kini boleh didapati di ante, SEIBU, The Exchange TRX, Aras 2.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi terbaharu ante, layari www.antelimited.com atau ikuti @anteshopsgmy di Instagram.