Rare Beauty Hadir Dengan Fragrance Layering Balm – Cara Baharu Nikmati Haruman Secara Peribadi

October 27, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Selepas kejayaan pelancaran wangian tersendiri pada Ogos 2025 lepas, Rare Beauty kini melancarkan Fragrance Layering Balm – balm haruman bertekstur lembut yang direka untuk menjadikan pengalaman memakai wangian lebih menyeronokkan dan tahan lama.

Menurut pengasasnya, Selena Gomez, balm ini boleh dipadankan bersama eau de parfum Rare Beauty mengikut suasana hati pemakai. Ini bagi memberikan dimensi baharu pada aroma sambil membantu haruman kekal lebih lama di kulit.

Mengambil inspirasi daripada konsep fragrance layering, Rare Beauty Fragrance Layering Balm direka untuk dipakai secara bersendirian atau digabungkan bersama Rare Eau de Parfum. Teksturnya yang lembut dan ringan mudah cair dengan haba badan, memberikan kemasan licin tanpa rasa melekit sambil berfungsi sebagai penguat haruman yang menambah lapisan aroma baharu dan lebih mendalam.

Apa yang menarik, ia ditawarkan dalam bentuk tiub elegan bersaiz poket – menjadikan balm ini mudah dibawa ke mana sahaja dan sesuai untuk disapu menggunakan hujung jari pada titik nadi seperti belakang telinga, pangkal leher, pergelangan tangan dan bahagian dalam siku.

Terdapat dalam empat pilihan aroma menarik:

  • Floral Peony Blossom – menampilkan haruman lembut, elegan dan memikat, dengan gabungan peony, freesia dan musk blossom yang mencipta suasana romantis.
  • Amber Vanilla – kaya, lembut dan menenangkan, menyerlahkan kehangatan vanila, amber bergula dan sentuhan bergamot.
  • Fresh Bergamot – hadir dengan rasa segar dan menenangkan seperti sinar matahari yang memulihkan deria, dengan campuran bergamot, teh hijau dan cedarwood.
  • Woody Oak – hadir dengan haruman berani dan menggoda, dengan aroma oakmoss, patchouli dan kayu kering yang mendalam.

Untuk pengalaman wangian yang lebih ekspresif, Rare Beauty turut mencadangkan padanan berikut:

  • Rare Eau de Parfum + Peony Blossom untuk lapisan manis seperti bunga.
  • Rare Eau de Parfum + Amber Vanilla untuk sentuhan hangat dan mewah.
  • Rare Eau de Parfum + Fresh Bergamot untuk nuansa ceria dan menyegarkan.
  • Rare Eau de Parfum + Woody Oak untuk aroma yang lebih earthy.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM95 (20ml), Rare Beauty Fragrance Layering Balm bukan sekadar pelengkap wangian, tetapi juga satu cara baharu untuk mengekspresikan diri — kerana setiap bauan mampu mencerminkan suasana hati dan keperibadian anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd