Aplikasi Bask Bear Kini Diperbaharui Dengan Reka Bentuk Lebih Moden Dan Pintar
Lina Rosli
Jenama kopi tempatan Bask Bear Coffee memperkenalkan versi terbaharu aplikasi mudah alih mereka dengan peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, reka bentuk dan fungsi digital.
Menerusi pengenalan versi baharu aplikasi Bask Bear ini, ia sekaligus membolehkan pelanggan menikmati pengalaman pesanan yang lebih lancar, pantas dan menyeronokkan – seiring dengan gaya hidup moden pengguna hari ini.
Apa yang menarik pada aplikasi Bask Bear ini, ia kini menawarkan beberapa ciri baharu utama seperti tab pesanan yang lebih jelas – ini menjadikan proses pemilhan menu makanan dan minuman lebih mudah sama ada untuk penghantaran atau pengambilan di cawangan berdekatan.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menikmati ganjaran segera, iaitu ganjaran automatik setiap kali membuat pesanan tanpa perlu menebus secara manual.
Pada aplikasi baharu ini juga, fungsi Your Last Order turut diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan semula minuman kegemaran mereka hanya dengan satu sentuhan. Sementara itu, sistem ganjaran baharu PawPoint memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan apabila setiap pembelian membolehkan pengguna mengumpul mata yang boleh ditukar kepada diskaun atau tawaran eksklusif.

Antara muka aplikasi turut direka semula agar lebih mesra pengguna, dengan navigasi yang lebih tersusun serta rekaan visual yang segar dan moden. Jika dibandingkan dengan versi sebelum ini, Bask Bear dilihat tidak lagi menggunakan bar navigasi pada aplikasi.

Bagi anda yang ingin terus mencuba pengalaman baharu ini, aplikasi Bask Bear versi baharu kini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.
Dengan ciri-ciri baharu ini, Bask Bear menegaskan visinya untuk menjadi jenama kopi tempatan yang bukan sahaja dikenali melalui rasa dan kualiti, tetapi juga melalui pengalaman digital yang lebih bijak dan mesra pengguna.