ZUS Coffee Memperkenalkan Siri Minuman ‘Taste The World’ – Nikmati Rasa Dari Seluruh Dunia Dalam Satu Cawan
Lina Rosli
ZUS Coffee kini memperkenalkan siri terbaharunya, ‘Taste The World Series’, yang meraikan kepelbagaian citarasa kopi dari seluruh dunia.
Menerusi siri ini, jenama tempatan tersebut membawakan empat minuman istimewa yang diinspirasikan daripada pelbagai budaya dan negara – Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina di samping mengekalkan identiti ZUS yang moden dan berani bereksperimen.

Bagi peminat kopi tempatan, ZUS hadir dengan minuman ikonik ZUS Gula Melaka yang pastinya menjadi pilihan utama. Minuman ini diperbuat daripada gula melaka tempatan yang memberikan rasa karamel semula jadi.
Bagi yang belum pernah mencuba, minuman ini diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional seperti cendol, namun disesuaikan dengan sentuhan kopi moden.


Dari negara jiran, Singapura, ZUS hadir Kopitiam Double Espresso yang menonjolkan semangat kopi klasik Asia Tenggara. Minuman ini menawarkan kepahitan espresso berganda dengan rasa ‘kaw’ yang seimbang — sesuai untuk mereka yang gemarkan tenaga segera dan aroma kopi yang kuat.
Seterusnya, ZUS turut hadir dengan pilihan minuman Thai Milk Tea. Teh susu Thai ini dikenali dengan aroma harum, rasa lemak berkrim dan keseimbangan rasa teh yang padu, menjadikannya antara pilihan paling menyegarkan dalam siri ini.


Akhir sekali, dari Filipina, ZUS menampilkan minuman Ube Latté yang hadir dengan rasa unik ubi yang manis dan berlemak. Warna ungunya yang menonjol bukan sahaja menarik perhatian, tetapi juga melambangkan keberanian dan kreativiti. Untuk pengetahuan anda, untuk pilihan minuman ini, ZUS telahpun memperkenalkannya sebelum ini dan ia merupakan antara varian paling popular di ZUS Coffee.

Melalui ‘Taste The World Series’, ZUS Coffee bukan sekadar memperkenalkan minuman baharu, tetapi juga meraikan kepelbagaian budaya dan rasa yang membentuk dunia kopi moden hari ini. Ia adalah satu jemputan untuk pengguna mencuba sesuatu yang baharu, sambil menghargai keunikan setiap budaya melalui secawan kopi.