CU Malaysia Dan aT Korea Bawakan Kemeriahan Suasana Seoul Ke Malaysia

October 30, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

CU Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju gaya hidup Korea di negara ini menerusi kerjasama strategik bersama Perbadanan Agro-Perikanan dan Perdagangan Makanan Korea (aT), sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (MAFRA) Republik Korea.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan budaya dan makanan Korea yang asli kepada rakyat Malaysia melalui pelbagai kempen, promosi dan acara kebudayaan di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, CU Malaysia melancarkan kempen K-Food di semua 160 cawangan dengan kerjasama aT Kuala Lumpur Center. Promosi ini menampilkan snek dan minuman eksklusif yang diimport terus dari Korea — termasuk tawaran Beli 2, Percuma 1 untuk snek terpilih serta set Kombo K-Food berharga RM11.90 yang menggabungkan CU Tteokbokki, minuman buah Cantabile dan Istea.

Melalui kempen ini, CU mahu menjadikan cita rasa Korea lebih mudah dinikmati oleh rakyat Malaysia, bukan hanya pada musim festival tetapi juga sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

Inisiatif ini turut menjadi pelengkap kepada K-Fresh Universe Malaysia 2025, festival makanan dan gaya hidup Korea pertama di Malaysia yang dianjurkan oleh aT dengan sokongan CU Malaysia. Festival selama 10 hari itu bakal berlangsung dari 24 Oktober hingga 2 November 2025 di Mytown Shopping Centre, Kuala Lumpur. Ia menampilkan buah-buahan premium, bahan masakan asli serta hidangan Korea yang disediakan segar daripada hasil pertanian berkualiti tinggi.

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Festival K-Fresh Universe Malaysia 2025, acara ini akan berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam dengan kemasukan percuma untuk semua.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd