Pek Mini Dododots Kini Boleh Didapati Di 2,000 Cawangan 7-Eleven
Lina Rosli
Dododots kini memperkenalkan dua varian pek mini tampalan jerawat baharu iaitu Ribbon Bunny dan juga Holographic Cloud. Dan kini, untuk pek mini ini, ia boleh didapati di lebih 2,000 cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia.
Untuk pek mini tampalan jerawat ini, Dododots menawarkannya pada harga bermula RM9.90 untuk 10 tampalan.
Bagi yang berminat, Ribbon Bunny menampilkan reka bentuk arnab kecil yang menawan dengan kombinasi tampalan lutsinar dan berwarna, sesuai digunakan pada siang dan malam.
Sementara untuk varian Holographic Cloud pula menampilkan tampalan berbentuk awan gebu menyerupai gula kapas dengan wajah tersenyum – ini memberikan sentuhan menyeronokkan ketika merawat jerawat.

Untuk pengetahuan anda, selain di 7-Eleven, produk Dododots juga boleh didapati di lebih 3,000 kedai di seluruh negara termasuk FamilyMart, Guardian, Miniso, dan banyak lagi, selain dijual di lebih 10 negara dan secara atas talian.
Bagi yang tidak mengetahui, jenama Dododots merupakan pengeluar tampalan jerawat yang diperbuat daripada bahan hydrocolloid gred klinikal 100%, bebas bahan kimia keras, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk berminyak, kering, kombinasi dan sensitif.
Buka itu sahaja, tampalan jerawat ini juga mengandungi tea tree oil untuk menenangkan kemerahan, mengecilkan jerawat dan mempercepatkan penyembuhan. Ia turut menampilkan ciri lekatan yang selesa – ini membolehkannya dipakai sepanjang hari dan malam. Di samping turut bertindak sebagai pelindung sambil mengurangkan risiko menyentuh atau memicit jerawat yang boleh menyebabkan parut.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian dalam talian, layari https://dododots.com. Senarai cawangan 7-Eleven yang menawarkan produk ini boleh didapati di https://dododots.com/pages/locations.