Panduan Memilih Kasut Skechers Yang Sesuai Untuk Setiap Jenis Percutian
Lina Rosli
Menjelang akhir tahun ini, nampaknya ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada dalam kalangan individu yang memilih ketenangan alam semula jadi di Janda Baik, ada yang mencari hiburan di puncak Genting Highlands, manakala pencinta pantai pula menuju ke Langkawi untuk menikmati keindahan laut dan pasir keemasan. Tidak kurang juga yang menjelajah ke luar negara atau menikmati pengalaman kulinari di Penang.

Tidak kira apa jua destinasi pilihan, Skechers memastikan setiap langkah perjalanan lebih selesa dan bergaya. Untuk pengetahuan anda, Skechers direka dengan gabungan fungsi, gaya dan prestasi yang menjadikan rata-rata kasut dari Skechers memberikan keselesaan yang optimum.
Bagi anda yang ingin mengetahui jenis kasut Skechers yang sesuai mengikut kegunaan dan lokasi berbeza, berikut ialah beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan.
#1 Skechers On-The-GO Hyper Slide (RM339.00)
Untuk gaya santai di tepi pantai, Skechers On-The-GO Hyper Slide – Favored (wanita) dan On-The-GO Arch Fit Hyper Slide – Reliance (lelaki) direka untuk keselesaan maksimum.


Kasut ini dilengkapi dengan HYPER BURST cushioning yang memberikan rasa ringan dan empuk. Ia juga hadir dengan tapak Goodyear Performance Outsole yang memastikan cengkaman yang kukuh pada pelbagai permukaan. Reka bentuk tapaknya yang ergonomik turut menawarkan sokongan optimum untuk keselesaan sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk berjalan di tepi pantai atau selepas aktiviti air.
#2 Skechers Outdoor: D’Lux Journey (RM399.00) & D’Lux Trekker (RM359.00) – Rebel Creek
Untuk mereka yang gemar aktiviti luar, Skechers D’Lux Journey – Rebel Creek (wanita) dan D’Lux Trekker – Rebel Creek (lelaki) menawarkan ketahanan dan kestabilan di pelbagai permukaan.


Ia hadir dengan teknologi Relaxed Fit untuk ruang yang lebih selesa dan tapak D’Lux Traction yang menjamin cengkaman kukuh ketika digunakan. Bukan itu sahaja, kasut ini direka khusus untuk aktiviti penerokaan alam seperti mendaki denai, merentas hutan, atau melalui sungai berbatu. Reka bentuknya yang ringan namun tahan lasak memastikan setiap langkah kekal stabil, selamat dan selesa sepanjang perjalanan.
#3 Skechers Slip-ins: Max Cushioning Glide-Step (RM539.00)
Bagi individu yang banyak berjalan ketika bercuti, Skechers Slip-ins: Max Cushioning Glide-Step – Sapphire (wanita) dan Glide-Step – Advert (lelaki) menawarkan keseimbangan sempurna antara keselesaan dan kemudahan.


Apa yang menarik, kasut ini direka dengan Heel Pillow yang memberikan pegangan tumit lebih selamat dan stabil, sekaligus mengurangkan risiko tergelincir atau rasa longgar ketika berjalan jauh. Selain itu, teknologi Glide-Step cushioning pula membantu memberikan pulangan tenaga yang lancar dan responsif pada setiap langkah, menjadikan pergerakan lebih semula jadi dan selesa.
Dengan gabungan ini, ia sesuai digunakan untuk aktiviti sepanjang hari seperti lawatan bandar, sesi membeli-belah, atau penggambaran santai ketika bercuti.
#4 Skechers Hotshot Collection (RM299.00)
Bagi mereka yang menggemari percutian gaya urban, Skechers Court Classics – Hotshot menawarkan gaya moden dan serba fleksibel melalui dua pilihan utama — Kickstart untuk wanita dan Claspe untuk lelaki.
Kasut ini hadir dengan Air-Cooled Memory Foam cushioning yang memberikan sokongan dan pengudaraan optimum – sekaligus kasut memastikan kaki kekal selesa sepanjang hari.


Reka bentuknya yang moden dan ringan juga menjadikannya pilihan sempurna untuk mereka yang gemar meneroka bandar, berjalan di lorong seni, mahupun menikmati pengalaman kulinari di pelbagai lokasi menarik.
Dengan rangkaian pilihan yang sesuai untuk pantai, aktiviti luar mahupun gaya kasual di bandar, Skechers terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama yang mengutamakan keselesaan dan gaya dalam setiap rekaan. Tidak kira destinasi percutian anda, setiap langkah akan terasa ringan, stabil dan penuh keyakinan bersama Skechers.