Klook Dedahkan Destinasi “Cool”cation Untuk Percutian Akhir Tahun Ini

November 11, 2025
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

Menjelang penghujung tahun 2025, ramai di antara kita mula merancang percutian akhir tahun — sama ada untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, atau mencari pengalaman baharu. Jika anda masih mencari idea, Klook memperkenalkan trend percutian yang semakin mendapat perhatian ramai, iaitu “Cool”cation.

Konsep ini bukan sekadar percutian biasa, tetapi menekankan pengalaman “sejuk” dari pelbagai aspek. Bagi sesetengah pelancong, ia bermakna memilih destinasi dengan cuaca dingin atau bersalji, memberikan peluang untuk menikmati musim sejuk yang sebenar. Bagi yang lain, “sejuk” merujuk kepada pengalaman sosial yang unik yang mana ia menampilkan lokasi yang menggambarkan keaslian, kurang sesak atau menawarkan aktiviti kreatif yang memberikan kepuasan tersendiri.

Bagi anda yang sedang mencari lokasi percutian yang “Cool”, berikut adalah senarai destinasi yang dicadangkan oleh Klook.

Destinasi Bersalji Dan Cuaca Dingin

Bagi mereka yang mengimpikan pengalaman musim sejuk sebenar, beberapa destinasi yang boleh dikunjungi termasuklah:

#1 Jepun

Jepun terus menjadi pilihan utama pelancong untuk percutian musim sejuk. Negara ini sinonim dengan bandar onsen yang menenangkan dan festival salji yang memukau. Dari arca ais yang menakjubkan di Hokkaido hingga ke cerun ski yang mencabar di Nagano, pelancong dapat menikmati keseimbangan antara tradisi Jepun dan aktiviti moden yang menyeronokkan.

Selain itu, kolam air panas, sajian musim sejuk yang lazat dan suasana perayaan yang meriah menjadikan pengalaman di Jepun lebih istimewa.

Bukan itu sahaja, menurut Klook, lawatan ke resort ski Jepun meningkat sebanyak 131% tahun ke tahun, terutama dalam kalangan pelancong Malaysia.

#2 Korea Selatan

Korea Selatan pula menawarkan gabungan keseronokan dan suasana selesa untuk musim sejuk. Ia hadir dengan variasi pusat peranginan ski bertaraf dunia, taman tema bertemakan salji dan hidangan rebusan panas menjadikan percutian di sini penuh kehangatan.

Di luar bandar, pelancong juga dapat menikmati pemandangan yang menenangkan — kuil-kuil bersejarah, taman negara yang indah dan pulau yang menawarkan suasana damai di musim dingin.

#3 Switzerland

Switzerland kekal sebagai destinasi klasik musim sejuk yang digemari ramai. Negara ini terkenal dengan gunung-gunung bersalji, pekan kecil yang tersusun dan suasana percutian yang menenangkan. Pelancong boleh menikmati aktiviti ski, melawat pasar Krismas, atau berehat di chalet tradisional sambil menikmati pemandangan salji yang indah.

Apa yang menarik juga, setiap kali salji turun, Switzerland juga turut berubah menjadi pemandangan seperti poskad — melambangkan keindahan dan keanggunan musim sejuk Eropah yang tidak pernah pudar.

Destinasi Pilihan Untuk Bersosial

Selain cuaca, ramai pelancong kini mencari destinasi yang dianggap cool” secara sosial — lokasi yang unik, autentik dan kurang dikunjungi. China menjadi contoh utama dengan pelancong meneroka bandar-bandar seperti Shanghai dan kawasan kreatif lain. Pelancong kini menikmati pengalaman baharu melalui polisi bebas visa yang diperluas, peningkatan hubungan penerbangan, infrastruktur pelancongan yang baik, dan kemudahan sistem tempahan digital.

Tidak terhad di China sahaja, terdapat juga beberapa destinasi lain yang anda boleh lawati. Walaupun lokasi-lokasi ini sedikit tersorok, ia tetap mudah diakses melalui kereta, bas, kereta api atau penerbangan singkat.

#1 Lijiang, China

(+463% peningkatan sesi tahun ke tahun)

Terletak di kaki pergunungan Himalaya, Lijiang memukau dengan pesona bandar lamanya yang berlantai batu, terusan berliku, serta warisan budaya Naxi yang kaya. Gunung Jade Dragon yang diselaputi salji menjadi latar panorama menakjubkan, menjadikan Lijiang antara destinasi paling fotogenik di China.

Perkampungan berhampiran seperti Shuhe dan Tasik Lugu menawarkan suasana percutian yang tenang, dikelilingi keindahan semula jadi dan budaya tradisional yang masih terpelihara.

Antara pengalaman yang boleh dinikmati termasuk:

  • Merancang aturcara perjalanan unik bersama perunding pelancongan profesional secara percuma. (pautan)
  • Menonton persembahan kebudayaan berlatarkan Gunung Salji Naga Jed yang terkenal dengan keindahan visualnya. (pautan)
  • Menikmati jamuan diraja lengkap dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional. (pautan)

#2 Chiang Rai, Thailand

(+241% peningkatan sesi tahun ke tahun)

Terletak di utara Thailand, Chiang Rai digelar permata tersembunyi yang memikat hati dengan deretan kuil berwarna putih, biru dan hitam — masing-masing menampilkan hasil seni bina tempatan yang luar biasa. Di luar bandar, ladang teh hijau dan pergunungan yang menghijau mencipta suasana percutian yang damai dan menyegarkan.

Pelancong boleh menyelami kehidupan tempatan dan budaya unik Chiang Rai melalui pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Menyertai lawatan pasar tempatan, memilih bahan segar dan memasak seperti penduduk setempat. (pautan)
  • Mempelajari seni Muay Thai di tempat asalnya bersama tenaga pengajar tempatan. (pautan)
  • Meneroka lawatan kuil berpandu yang disesuaikan mengikut minat pelancong. (pautan)

#3 Phu Quoc, Vietnam

(+95.8% peningkatan sesi tahun ke tahun)

Terletak di Teluk Thailand, Phu Quoc merupakan pulau tropika Vietnam yang terkenal dengan laut biru kehijauan, pantai berpasir putih dan suasana santai yang menenangkan. Selain tarikan semula jadinya, pulau ini juga dikenali dengan pasar malam yang meriah, hutan hujan yang subur, serta pembangunan pesat sektor pelancongan eko-mewah yang menarik minat pelancong dari seluruh dunia.

Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan di Phu Quoc termasuk:

  • Menaiki kereta kabel terpanjang di dunia, menikmati pemandangan laut dari udara. (pautan)
  • Melawat taman hidupan liar tempatan untuk melihat haiwan eksotik dari jarak dekat. (pautan)
  • Menjelajahi taman tema Sun World, yang menawarkan gabungan keseronokan dan keajaiban tropika. (pautan)

Destinasi Tropika dengan Suasana “Cool”

Bagi pelancong yang ingin kekal dalam cuaca tropika tetapi mencari pengalaman yang menyegarkan, Klook mencatat peningkatan minat terhadap aktiviti yang membolehkan pelancong “melarikan diri” daripada kepanasan:

  • Pelayaran sungai di Singapura dan Thailand – Memberi peluang menikmati pemandangan bandar dengan cara yang santai.
  • Pengembaraan alam semula jadi di Indonesia dan Filipina – Termasuk lawatan ke air terjun dan aktiviti menelusuri gaung untuk pengalaman yang dekat dengan alam.
  • Glamping di bawah langit berbintang – Pengalaman malam yang selesa dan tenang, sesuai bagi pencinta alam yang ingin menikmati suasana malam tropika.

Dan bagi mereka yang mengimpikan suasana musim sejuk sebenar tanpa perlu meninggalkan Asia Tenggara, ada satu tempat yang menawarkannya — Sapa, Vietnam. Pekan pergunungan yang menawan di utara Hanoi ini terkenal dengan sawah padi bertingkat dan suasananya yang tenang.

Para pelancong boleh menerokai destinasi baharu ini di antara bulan Disember dan Februari – kerana pada waktu ini, Sapa berubah menjadi “dunia ajaib musim sejuk” yang diselimuti kabus dan kadangkala salji nipis yang mana ia merupakan pemandangan yang cukup jarang di Asia Tenggara.

Travel Pass Untuk Perjalanan Lebih Mudah

Klook turut memudahkan perjalanan pelancong dengan pelbagai pas percutian (travel pass), membolehkan pengembaraan lebih lancar dan efisien:

  • Swiss Travel Pass – Memberi perjalanan tanpa had menaiki kereta api, bas, dan bot di seluruh Switzerland, termasuk akses percuma ke lebih 500 muzium dan aktiviti pergunungan.
  • Eurail Pass – Membolehkan pelancong meneroka 33 bandar utama di Eropah dengan rangkaian kereta api yang luas.
  • China Rail Pass – Memberi kemudahan perjalanan rel berkelajuan tinggi merentasi bandar utama di China.

Data Klook menunjukkan peningkatan lebih 140% dalam tempahan perjalanan rel di Asia Timur, menandakan permintaan percutian hujung tahun semakin kukuh.

Fenomena “Cool”cation bukan sekadar trend, tetapi gaya baharu dalam percutian hujung tahun. Pelancong kini menggabungkan keselesaan, pengalaman unik dan kreativiti dalam perjalanan mereka, sama ada mencari cuaca sejuk, pengalaman tropika yang menyegarkan atau destinasi yang autentik dan kurang diketahui.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd