HEYTEA Malaysia Kini Mempunyai Sijil Halal Dari JAKIM
Lina Rosli
HEYTEA Malaysia mengumumkan yang mana jenama mereka kini secara rasmi telah memperoleh pensijilan halal dari JAKIM. Melalui pengiktirafan ini, ia menandakan satu pencapaian penting bagi HEYTEA dalam memenuhi tuntutan kebersihan, keselamatan dan juga pematuhan Syariah.
Bagi pelanggan Muslim, dengan adanya pengiktirafan ini, ini menunjukkan yang mana setiap bahan yang digunakan termasuk teh, susu, gula dan perisa telah dijamin kebersihannya dan tidak mengandungi sebarang bahan-bahan terlarang seperti alkohol atau unsur haiwan tidak halal.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan lama dan baharu, HEYTEA mengajak semua untuk meraikan pencapaian ini bersama-sama. Bermula 8 hingga 20 November 2025 – khas untuk para ahli aplikasi HEYTEA Malaysia, anda boleh menerokai ganjaran dan tawaran istimewa termasuklah:
- Mulai 8 hingga 13 November, pengguna aplikasi boleh menebus baucar minuman percuma setiap hari bermula jam 11 pagi. Sebanyak 1,000 baucar percuma akan ditawarkan setiap hari dan terhad kepada satu baucar bagi setiap ahli.
- Pada 14 hingga 20 November pula, ahli boleh menggunakan HEYTEA Sparks — sistem ganjaran dalam aplikasi untuk menikmati tawaran tambahan yang menarik seperti
- 50 Sparks: Beli Satu, Percuma Satu (terhad kepada 3,000 penebusan)
- 20 Sparks: Diskaun Separuh Harga Untuk Cawan Kedua (terhad kepada 7,000 penebusan)

Selain itu, pengunjung juga akan menerima poskad dan pelekat edisi terhad HEYTEA Halal Day, sementara stok masih ada.
Untuk makluman, cawangan HEYTEA di IOI City Mall kini dalam proses permohonan pensijilan Halal, namun semua minuman yang disediakan adalah halal patuh dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Bagi maklumat lanjut mengenai acara serta waktu operasi setiap cawangan, pelanggan boleh merujuk kepada aplikasi HEYTEA.