KAYALI Hadir Dengan Koleksi Wangian Baharu – KAYALI Freedom
Lina Rosli
KAYALI memperkenalkan koleksi terbaharunya yang mana ia hadir dengan wangian yang paling berani dan peribadi setakat ini menerusi koleksi Freedom.
Berteraskan nota musk yang klasik dan abadi, koleksi ini membawa empat interpretasi unik yang mencerminkan sisi berbeza kebebasan diri iaitu Freedom Musk Bouquet | 27, Freedom Musk Santal | 34, Freedom Musk Matcha | 45 dan Freedom Musk Latte | 41.

Lebih daripada sekadar wangian, Freedom ialah pernyataan tentang keberanian untuk menjadi diri sendiri. Menurut Mona Kattan, koleksi ini mengambil inspirasi daripada perjalanan peribadinya dalam menemui kekuatan dalaman dan membiarkan cahaya itu memimpin.
Setiap variasi dalam koleksi ini membawa karakter tersendiri, seperti:
- Freedom Musk Bouquet | 27 hadir dengan aroma bunga yang lembut namun tampak berani. Ia menggabungkan aroma ylang-ylang, mawar Turki dan vanila musk — hasilnya, wangian yang feminin tetapi teguh.

- Freedom Musk Santal | 34 pula lebih sensual dan hangat. Ia hadir dengan wangian dari bergamot, amber serta sandalwood yang memancarkan keyakinan dan ketenangan.

- Freedom Musk Matcha | 45 sesuai untuk individu yang mencari sesuatu wangian yang lebih tenang. Wangian ini menampilkan keseimbangan antara teh hijau matcha dengan susu oat dan juga sandalwood.

- Freedom Musk Latte | 41 pula menampilkan wangian yang lebih mesra. Ia hadir dengan aroma café latte, kayu manis dan chocolate musk yang mengingatkan kepada detik santai di kafe kegemaran anda.

Setiap botol dalam koleksi ini tampil dengan rekaan ombre nude matte, diinspirasikan oleh tekstur kulit dan keindahan semula jadi. Seperti koleksi KAYALI yang lain, botol wangiannya masih lagi berbentuk berlian dan penutup bertatah permata – yang menjadi simbol keanggunan moden dengan sentuhan Timur Tengah yang klasik.
Dengan harga bermula RM185 untuk 10ml, RM550 untuk 50ml, dan RM730 untuk 100ml, KAYALI Freedom bukan sekadar wangian — ia adalah manifestasi kebebasan, keaslian dan keyakinan untuk terus menjadi diri sendiri.