CHAGEE Memperkenalkan Ciri Kalkulator Kalori Pada Aplikasi Mereka

November 12, 2025
Aplikasi

Lina Rosli

CHAGEE kini hadir dengan ciri baharu iaitu Kalkulator Kalori – sebuah inovasi digital yang memudahkan pengguna dan penggemar teh susu untuk mengetahui kandungan dan jumlah kalori di dalam minuman kegemaran mereka dengan lebih tepat.

Aplikasi ini direka bagi membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak tanpa perlu mengorbankan keseronokan menikmati minuman.

Melalui aplikasi ini, setiap pengguna boleh mengetahui jumlah kalori, tahap kemanisan dan jumlah lemak dan protein hanya dengan satu sentuhan. Fungsi ini bukan sahaja memudahkan pemantauan pengambilan kalori harian, tetapi juga membolehkan pengguna menyesuaikan minuman mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.

Ciri Kalkulator Kalori ini juga turut menekankan konsep gaya hidup seimbang yang mana ia bukan sahaja tentang mengehadkan pengambilan gula, tetapi tentang meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kandungan nutrisi dalam setiap minuman.

Dengan maklumat yang jelas, pengguna dapat mengurus pengambilan kalori dengan lebih efektif dan menyokong amalan gaya hidup sihat.

Pengenalan aplikasi ini selari dengan trend gaya hidup moden yang menekankan keseimbangan antara keseronokan dan kesihatan, menjadikan pengalaman menikmati teh susu bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga lebih bertanggungjawab.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd