Inovasi Cucian Pintar – Haier X Series Dilengkapi Teknologi AI Dan Penjagaan Profesional

November 13, 2025
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Haier Malaysia baru-baru ini memperkenalkan barisan mesin basuh inovatif terbaharunya, termasuk siri X, yang terdiri daripada model premium X9, serta model X7 dan X5. Barisan ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna dengan teknologi canggih dalam mencuci dan menjaga pakaian.

Menurut jenama ini, pelancaran siri baharu ini adalah untuk memperkukuh falsafah jenama mereka iaitu “More Creation, More Possibilities”, yang menekankan inovasi bermakna untuk memudahkan kehidupan harian isi rumah moden.

Barisan Mesin Basuh Baharu Yang Menyokong Kehidupan Moden

Antara barisan utama yang diperkenalkan termasuk:

  • Laundry Center L+ – Penyelesaian menyeluruh bagi keperluan dobi harian.
  • X Series – Mesin basuh premium baharu yang menjadi tumpuan utama.
  • 2158 Series – Model tambahan dalam rangkaian bagi memenuhi keperluan berbeza pengguna.

Kesemua model ini menampilkan teknologi pintar yang direka bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi cucian, tetapi juga bagi memastikan penjagaan fabrik dan kecekapan penggunaan tenaga yang optimum.

Model Teras Haier X Series – X9, X7 Dan X5

Barisan siri X merupakan tumpuan utama pelancaran ini, yang mana setiap model mesin basuh pintu hadapan (front load) ini menggabungkan ciri pintar dalam reka bentuk moden:

  • X9 (Model Premium) – Menawarkan spesifikasi paling premium.
  • X7
  • X5

Perbezaan utama di antara model-model ini terletak pada panel kawalan dan beberapa ciri premium:

ModelPanel Kawalan
X9Skrin Sentuh Penuh Color AI, Ultra Fresh Air sehingga 12 jam.
X7Skrin Sentuh Penuh Color AI
X5Skrin biasa + Tombol Putar (Rotary Knob)

Apa yang menarik juga, Haier dilihat hadir dengan beberapa teknologi utama dalam siri baharu ini:

  • 607mm Super Drum – Dram yang lebih besar dan mudah dimuatkan, meningkatkan keberkesanan cucian.
  • Essence Wash – Teknologi pencucian pantas yang membolehkan kitaran lengkap dalam hanya 39 minit dengan campuran detergen sekata serta bilasan air yang kuat bagi menanggalkan kotoran dengan lebih bersih.
  • Ultra Fresh Air – Mengeringkan dram dalaman secara automatik dan menghapuskan kelembapan bagi mengelakkan bau dan kedutan (tersedia bagi model terpilih).
  • Color AI Touch + WiFi – Paparan berwarna dengan skrin sentuh penuh yang lebih interaktif, serta sambungan WiFi untuk akses kawalan mudah.

Ciri AI Wash Dan Stain Removal Wash

Salah satu ciri utama dalam siri X ialah AI Wash, iaitu sistem pintar yang direka untuk memberikan pengalaman mencuci yang lebih tepat dan efisien. Melalui teknologi ini, mesin basuh mampu mengesan jenis fabrik serta kadar penyerapan air secara automatik, seterusnya mengesyorkan program cucian paling sesuai tanpa memerlukan pengguna menetapkannya sendiri.

Hasilnya, setiap cucian bukan sahaja bersih menyeluruh tetapi juga memastikan fabrik kekal terpelihara dan tahan lama, tanpa risiko warna pudar atau tekstur rosak akibat kitaran cucian yang tidak sesuai.

Melengkapkan keupayaan AI Wash ialah ciri Stain Removal Wash, yang menawarkan enam mod khusus untuk menangani pelbagai jenis kotoran termasuk peluh, kopi, susu, lumpur, darah dan minyak — semuanya hanya dengan satu sentuhan.

Setiap mod direka dengan tetapan suhu, masa dan intensiti cucian yang berbeza bagi memastikan setiap jenis noda dapat ditanggalkan dengan berkesan tanpa menjejaskan kualiti fabrik.

Paparan Color AI – Rekaan Moden Dan Mudah Digunakan

Selain fungsi pintar, siri X turut menampilkan paparan Color AI yang direka dengan rekaan filem warna baharu bagi memberikan pengalaman visual yang lebih moden dan menarik. Skrin sentuh bersaiz lebih besar ini bukan sahaja memudahkan navigasi, malah memastikan setiap fungsi dapat diakses dengan cepat dan tepat.

Reka bentuknya yang minimalis dan elegan turut menambah nilai estetika pada mesin, menjadikannya bukan sekadar peralatan rumah tetapi juga pelengkap gaya moden untuk ruang dobi pengguna.

Menurut Fan Jing, Pengarah Urusan Haier Malaysia, pengenalan siri X ini mencerminkan komitmen Haier terhadap inovasi bermatlamat serta pengembangan portfolio peralatan rumah premium.

Jenama ini turut menyasarkan pertumbuhan tahunan sebanyak 30% menjelang akhir 2025. Haier X Series bukan sahaja menawarkan rekaan moden, tetapi juga kecekapan dan kelestarian yang seiring dengan gaya hidup masa kini.

Bagi yang berminat, mesin basuh Haier X Series kini boleh dipra-tempah bermula dari RM2,249, menjadikannya pilihan utama bagi pengguna yang mencari gabungan teknologi pintar, kecekapan dan gaya moden dalam satu peranti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.haier.com/my atau ikuti saluran media sosial rasmi Haier Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd