Lalaport BBCC Lancar ACG BASE – Hab Budaya Pop Jepun Terbesar Di Malaysia
Bat
LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) kini melangkah ke fasa baharu dalam dunia hiburan dan budaya pop dengan memperkenalkan ACG BASE, sebuah ruang serba baharu yang menggabungkan anime, komik dan permainan (ACG) di bawah satu bumbung.

Terletak di aras dua, ACG BASE menjadi destinasi utama peminat budaya Jepun untuk membeli, menikmati dan berkongsi minat dalam suasana interaktif dan moden.
Dengan lebih 20 jenama dan kedai khusus, ACG BASE menampilkan pelbagai barangan edisi terhad, kolaborasi eksklusif dan kafe bertema yang berubah mengikut musim.

Antara tarikan utama ialah animate, peruncit anime terkenal dari Jepun yang kini membuka cawangan tetap di Malaysia. Di sini, pengunjung boleh mendapatkan barangan rasmi anime dan menikmati minuman istimewa di animate Café.
Kemeriahan ACG BASE turut diperkaya dengan Kehadiran KLP48 Theatre, kumpulan idola tempatan, menambah daya tarikan dengan persembahan langsung setiap hari di ruang khas mereka.
Pelbagai Jenama & Ruang Interaktif
Ruang ini turut menempatkan jenama popular seperti Bad Egg Club, Dimension Poptown, Doko Koko, K+ by Kadokawa Gempak Starz, KOBO 7, Mori Mory, Nullset Goods, NOT ONLY TOY, ORB Café, Photoism PLAY, The Pink Room, Vibe Max dan Xumi Goods.


Setiap satu menawarkan pengalaman tersendiri — daripada koleksi figura, fesyen, seni hingga makanan bertema Jepun.
Sempena pelancaran ACG BASE dari 14 hingga 30 November 2025, pengunjung berpeluang menerima baucar RM20 dengan setiap perbelanjaan RM300, serta hadiah Beryl’s dengan pembelian RM100.
Selain itu, ACG BASE Sticker Rally turut diadakan hingga 30 November, membolehkan pengunjung menebus baucar tambahan selepas melengkapkan koleksi pelekat di kedai yang mengambil bahagian.
Hab Kreatif Untuk Peminat Budaya Pop
Dengan kehadiran ACG BASE, LaLaport BBCC bukan sahaja memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup berasaskan DNA Jepun, tetapi juga membuka ruang untuk komuniti budaya pop berkembang secara kreatif dan inklusif.
Untuk maklumat lanjut, layari lalaport-bbcc.com.my atau ikuti @lalaport_bbcc dan @acgbase.lalaport di Instagram.