UNIQLO Raikan Ulang Tahun Yang Ke-15 Di Malaysia

November 17, 2025
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO kembali dengan ‘Thank You’ Festival — acara tahunan yang diraikan untuk menghargai para pelanggan atas sokongan berterusan mereka. Tahun ini lebih istimewa, kerana festival tersebut berlangsung seiring dengan ulang tahun ke-15 UNIQLO di Malaysia, menjadikannya sambutan berganda yang menandakan hubungan rapat antara jenama dan komuniti tempatan.

Bermula 21 hingga 27 November, para pengunjung boleh menantikan pelbagai tawaran eksklusif, hadiah istimewa dan koleksi edisi terhad yang tersedia di semua butik fizikal serta platform dalam talian.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, festival ini menampilkan promosi terhad untuk rangkaian LifeWear paling popular — termasuk HEATTECH, Souffle Yarn, jaket Fleece, Seamless Down, PUFFTECH, serta pilihan AIRism yang sesuai dipakai sepanjang hari.

UNIQLO juga turut menawarkan barisan kolaborasi bersama para pereka terkenal yang dinantikan ramai. Antaranya koleksi terbaharu Clare Waight Keller, siri UNIQLO x JW Anderson, serta koleksi UNIQLO U untuk penggemar T-shirt berkualiti.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik juga, UNIQLO turut melancarkan rangkaian KAWS baharu pada 21 November, seiring dengan permulaan festival. Tawaran ini merangkumi pilihan pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi yang mana semuanya mengekalkan fokus UNIQLO terhadap keselesaan dan gaya harian.

Bagi yang berminat, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke rangkaian UNIQLO berdekatan anda bermula 21 November 2025 ini – atau lakukan pembelian secara atas-talian menerusi aplikasi atas-talian UNIQLO.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd