NESCAFÉ Kini Memperkenalkan Ekstrak Kopi Sedia Minum – NESCAFÉ Espresso Concentrate

November 21, 2025
Kopi

Lina Rosli

Budaya menikmati kopi sejuk semakin berkembang dalam kalangan pengguna di Malaysia dan rantau Asia, seiring dengan peningkatan permintaan terhadap pilihan minuman yang lebih praktikal dan berkualiti.

Menjawab trend tersebut, NESCAFÉ memperkenalkan produk sedia minum terbaharu—NESCAFÉ Espresso Concentrate, satu inovasi yang direka untuk memberikan pengalaman kopi setaraf kafe secara mudah dari rumah.

Apa yang menarik tentang NESCAFÉ Espresso Concentrate ini, ia membolehkan pengguna mencipta minuman kopi sejuk mengikut cita rasa masing-masing hanya melalui langkah yang ringkas.

Untuk pengetahuan anda, NESCAFÉ Espresso Concentrate ini diperbuat daripada adunan biji kopi Arabica yang dipanggang teliti, ia menawarkan profil rasa yang pekat, seimbang dan licin—sesuai untuk pelbagai jenis minuman sejuk.

NESCAFÉ Espresso Concentrate turut hadir dalam dua varian yang disesuaikan mengikut keutamaan pengguna:

  • Espresso Black (Rich & Bold) untuk mereka yang menggemari rasa kopi yang lebih tulen, tanpa gula tambahan. Varian ini sesuai untuk menyediakan Iced Americano atau digabungkan bersama air berkarbonat sebagai pilihan yang lebih segar.
  • Sweet Vanilla (Rich & Indulgent) dengan sentuhan vanila manis dan tekstur yang lebih lembut, sesuai dijadikan asas untuk Iced Latte yang berkrim menggunakan susu biasa atau alternatif seperti susu oat.

Berapa Banyak Cawan Boleh Disediakan Untuk Setiap Botol NESCAFÉ Espresso Concentrate?

Menurut NESCAFÉ, setiap botol bersaiz 500ml mampu menghasilkan kira-kira 10 hidangan kopi sejuk, menjadikannya pilihan yang lebih menjimatkan berbanding pembelian minuman di kafe secara kerap.

Antara resipi ringkas yang boleh disediakan termasuk:

  • Iced Americano – 50ml ekstrak kopi bersama 250ml air sejuk dan ais.
  • Original Iced Latte – 50ml ekstrak dicampur 250ml susu sejuk dan ais.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, NESCAFÉ Espresso Concentrate ini mula ditawarkan di pasarya Lotus’s berhampiran anda pada harga RM22.00 sebotol.

Untuk pengetahuan anda juga, Nestlé Malaysia telah memulakan pengeluaran produk ini di kilang Sri Muda, Shah Alam, yang kini berfungsi sebagai hab utama untuk membekalkan pasaran Asia, Oceania dan MENA. Keputusan ini mencerminkan keyakinan Nestlé terhadap Malaysia sebagai pusat pembuatan dan eksport, di samping membuka peluang pembangunan kepada tenaga kerja tempatan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd