eco-shop Hadir Dengan Jenama Minyak Wangi Yang Tersendiri – Verona Plus Untuk Wanita Dan Lelaki
Lina Rosli
Tidak hanya menawarkan rangkaian produk untuk rumah dan juga kelengkapan harian, nampaknya eco-shop kini komited dalam menjadikan jenama mereka sebagai pelengkap di dalam rutin harian individu – termasuk penawaran produk penjagaan diri seperti minyak wangi.
Baru-baru ini, eco-shop dilihat telah hadir dengan barisan produk baharu dibawah rangkaian Verona iaitu Verona Plus yang mana ia hadir sebagai pilihan haruman mampu milik yang menyeimbangkan gaya, kesegaran dan ketulenan aroma.

Untuk Verona Plus For Women, ia diformulasikan untuk wanita yang menghargai sentuhan feminin yang tidak berlebihan yang mana setiap variasi dalam koleksi ini menawarkan karakter tersendiri — lembut, elegan dan memikat dari semburan pertama hingga ke penghujung hari.
Empat pilihan utama ditawarkan untuk memenuhi cita rasa berbeza, bermula dengan Blossom Breeze yang memberi nuansa floral ringan, Falling Leaves dengan sentuhan segar bersahaja, Dewdrop Serenade yang menawarkan keharuman lembut dan menenangkan, serta Snowfall Veil yang lebih sejuk dan halus.
Setiap haruman disempurnakan dengan rekaan botol minimalis 30ml yang menekankan kesederhanaan moden, sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa.

Melengkapi pilihan ini, rangkaian Verona Plus For Men turut diperkenalkan untuk lelaki yang mengutamakan gaya dan kesegaran berpanjangan. Harumannya direka dengan sentuhan maskulin yang memikat, sesuai digunakan ketika bekerja, bersantai atau melengkapkan penampilan harian.
Dua variasi utama ditawarkan adalah Crimson Canyon, dengan aroma hangat, bold dan bertenaga serta Glacial Reverie, yang memberi kesegaran bersih dan menenangkan.

Dengan harga hanya RM2.60 (Semenanjung) dan RM2.80 (Sabah, Sarawak & Langkawi), rangkaian ini membuktikan bahawa minyak wangi yang menarik tidak semestinya datang dengan harga tinggi.
Verona Plus For Women tampil sebagai pilihan praktikal dan mempesonakan untuk kegunaan harian — sekaligus membawa pengalaman wangi yang berkualiti kepada semua.