MOCCONA Liquid Espresso – Penyelesaian Baharu Untuk Kopi Ala Kafe

December 10, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

MOCCONA, jenama kopi warisan yang sinonim dengan aroma kaya dan sentuhan kraftangan Eropah, memperkenalkan inovasi terbaharu melalui pelancaran MOCCONA Liquid Espresso. Produk baharu ini menawarkan penyelesaian mudah untuk mereka yang ingin menikmati kopi ala kafe tanpa perlu bergantung pada mesin atau peralatan tambahan.

Bagi yang pertama kali mendengarnya, MOCCONA Liquid Espresso ialah espresso pekat sedia-minum yang dihasilkan khusus untuk gaya hidup moden. Ia hadir dalam tiga pilihan menarik iaitu Medium Roast, Dark Roast dan Caramel — dengan setiap kotak memuatkan lapan sachet yang telah dipra-sukat untuk menghasilkan bancuhan yang konsisten.

Proses penyediaannya juga ringkas yang mana anda hanya perlu tuang satu sachet ke dalam cawan, tambah 150ml air atau susu sama ada panas atau sejuk. Kemudian, kacau hingga semua larut dan anda boleh mula nikmatinya.

Terhasil daripada 100% Arabica, Liquid Espresso ini mengekalkan tekstur halus dan aroma espresso segar seperti yang biasa ditemukan di kafe. Versatilitinya turut memberi ruang kepada pengguna untuk bereksperimen — sama ada menghasilkan iced latte yang lembut, long black yang lebih berani atau affogato yang indulgent.

Menurut MOCCONA juga, pelancaran ini sejajar dengan perubahan keutamaan pengguna yang kini lebih cenderung kepada format kopi yang peribadi, mudah dibawa dan menjimatkan masa.

Dengan kehadiran MOCCONA Liquid Espresso, ia dijangka akan memenuhi permintaan tersebut dengan menawarkan keseimbangan antara kualiti, rasa dan kepantasan — sesuai untuk rutin harian yang padat.

Selari dengan pelancarannya juga, MOCCONA turut merancang aktiviti digital dan on-ground termasuk promosi hadiah dengan pembelian serta jerayawara yang menampilkan pengalaman kopi yang diperibadikan.

Bagi yang berminat, MOCCONA Liquid Espresso kini tersedia di peruncit utama seluruh negara serta menerusi platform atas talian seperti Lazada dan Shopee.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd