Glow Into 2026 – Lazada Hadir Dengan Kurasi Produk Kecantikan Menarik Sempena Lazada 12.12

December 10, 2025
Aplikasi

Lina Rosli

Penghujung tahun bakal menjelang tiba. Dan pastinya setiap individu mengimpikan versi terbaik untuk diri sendiri sebelum memasuki tahun baharu bukan?

Sama ada anda mencari hadiah bermakna untuk seseorang atau sedang memberi perhatian pada keperluan kulit sendiri, Lazada hadir dengan senarai produk kecantikan yang dipilih khusus untuk memudahkan pencarian semasa Lazada 12.12 All Out Sale bermula 11 Disember, jam 8 malam.

#1 Dr.Leo Fresh Start 2X Hybrid Facial Cleanser

Pembersih muka hibrid ini menggabungkan kelembutan asid amino dengan kuasa pembersihan mendalam tanah liat hijau. Konsep dua-dalam-satu ini membolehkan anda memilih formula berdasarkan keperluan kulit harian yang mana ia sekaligus menjadikan kulit lebih bersih, lebih lembut dan lebih seimbang.

Dari segi tekstur, ia menghasilkan buih ringan yang membersih tanpa mengeringkan. Ini menjadikan produk pembersih muka ini ideal untuk menyingkirkan kotoran kosmetik harian pada kulit.

(Harga Asal: RM169, Lazada 12.12: RM39)

#2 Bobbi Brown Mini Shadow Stick Duo – Limited Edition Holiday Collection

Duo edisi terhad ini menampilkan dua warna yang sesuai untuk semua tona kulit iaitu Golden Pink dan Dusty Mauve. Apa yang menarik, ia hadir dalam format mini yang mudah dibawa.

Bukan itu sahaja, krim gincunya juga hadir dengan formulasi tahan lama – sehingga 24 jam, bebas paraben dan tidak mudah berkedut, menjadikannya pilihan ringkas untuk menaikkan seri mata sepanjang musim perayaan.

(Harga Asal: RM168, Lazada 12.12: TBA)

#3 CHANDO Himalaya Soothing Moisturising Repairing Skin Care Set

Produk penjagaan kulit ini diformulasikan untuk kulit kering, sensitif atau mudah rengsa. CHANDO Himalaya Soothing Moisturising Repairing Skin Care Set ini hadir dengan manfaat botanikal Himalaya dan teknologi hidrasi lanjutan untuk meredakan ketegangan, memulihkan pelindung kulit serta mengekalkan kelembapan.

Bukan itu sahaja, ia juga disahkan secara klinikal membantu mengurangkan kemerahan serta memberi keselesaan berpanjangan.

Jadinya, ia adalah pilihan yang sesuai untuk kulit yang memerlukan ‘recovery mode’ sebelum tahun baharu bermula.

(Harga Asal: RM337, Lazada 12.12: RM199)

#4 Shiseido Professional Sublimic Wonder Shield + Refill Bundle

Rawatan leave-in ini membentuk perlindungan halus pada setiap helai rambut sekaligus membantu melindungi rambut daripada haba, UV, kelembapan klorin dan bau.

Bagi yang berminat, ia sesuai untuk semua jenis rambut, khususnya bagi mereka yang kerap menggayakan dengan haba atau mempunyai rambut diwarnakan.

Untuk pengetahuan anda, kesan perlindungan ini akan bertahan sehingga tiga hari, menjadikan rambut lebih licin, cepat kering dan berkilau tanpa rasa berat.

(Harga Asal: RM430, Lazada 12.12: RM280)

#5 LAC Masquelier’s French Pine Bark Extract

Dengan lebih 70 tahun kajian dan 9 paten global, LAC Masquelier’s French Pine Bark Extract ini menawarkan perlindungan antioksidan yang 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C.

Ia menyokong kesihatan kulit melalui pengukuhan kolagen, memperbaiki keanjalan, mengurangkan garis halus serta meningkatkan peredaran darah dan daya tahan.

Dalam format 50 tablet, setiap dos mengandungi 100mg ekstrak berkualiti tinggi.

(Harga Asal: RM329.90, Lazada 12.12: RM230)

Dengan pilihan yang merangkumi penjagaan kulit, rambut, rias wajah dan kesihatan dalaman, kempen Lazada 12.12 tahun ini memberi peluang untuk memulakan 2026 dengan rutin yang lebih teratur, selesa dan memberi keyakinan baharu.

Sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah terakhir sebelum tahun berganti, jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran dan promosi menarik di Lazada bermula 8 hingga 14 Disember 2025 ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd