Village Grocer Kini Dibuka Di Sunway Square Mall
Lina Rosli
Village Grocer secara rasminya membuka cawangan terbaharunya di Sunway Square Mall, Bandar Sunway — menjadikannya cawangan keempat dibuka pada tahun 2025.
Kehadiran pasar raya premium ini memperkukuh komitmen jenama tersebut untuk berada lebih dekat dengan komuniti setempat sambil menawarkan pengalaman beli-belah runcit yang segar, berkualiti dan serba lengkap.
Cawangan baharu ini direka sebagai destinasi sehenti bagi pelanggan yang mengutamakan kualiti. Village Grocer menampilkan rangkaian produk segar, daging premium, roti serta pastri artisan, pilihan barangan istimewa dan hidangan gourmet yang memenuhi gaya hidup moden.

Perluasannya ke Sunway Square Mall turut mencerminkan kerjasama berterusan antara Village Grocer dan Sunway Group, sekaligus menyumbang kepada penawaran runcit yang lebih bernilai bagi kawasan sekitarnya.
Sebagai jenama kelahiran tempatan, Village Grocer mengekalkan komitmen terhadap komuniti dengan menyokong pekebun, peniaga kecil dan pembuat produk tempatan sebagai sebahagian daripada rangkaian rantaian bekalan mereka.
Usaha kelestarian turut menjadi dasar penting, termasuk sasaran pencapaian operasi beli-belah tanpa plastik serta pelbagai inisiatif hijau yang telah diiktiraf menerusi beberapa anugerah dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Dengan pembukaan ini, Village Grocer dijangka menjadi salah satu tarikan utama di Sunway Square Mall dan terus memperkukuh reputasinya sebagai pilihan utama bagi pembeli yang mencari produk berkualiti serta pengalaman runcit yang premium.