Haier Malaysia Raikan Global Fans Festival Ke-7 Dengan Menyemarakkan Semangat Sukan
Bat
Haier Malaysia meraikan Global Fans Festival yang ke-7 menerusi sebuah acara jerayawara di Pavilion Bukit Jalil selama lima hari. Festival ini menampilkan ruang pameran yang menggabungkan inovasi teknologi dan gaya hidup pintar bertemakan “Champion Your Haier Life“.

Antara tarikan utama festival ini ialah pameran rangkaian produk terbaharu Haier yang menekankan reka bentuk moden dan teknologi berprestasi tinggi. Produk yang dipamerkan termasuk peti sejuk Space Fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV Cool Color, TV M80 QD-Mini LED, serta pratonton mesin basuh tiga dram yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, selain pameran produk, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan secara langsung seperti badminton, bola sepak dan tenis. Aktiviti-aktiviti ini menjadikan festival lebih interaktif, di samping menggalakkan gaya hidup aktif selari dengan konsep kehidupan pintar yang diketengahkan Haier.

Sebagai antara jenama peralatan dan kelengkapan popular global, Haier terus memperkukuh kedudukannya melalui inovasi berterusan dan pendekatan berfokuskan pengguna. Festival ini juga menjadi platform untuk Haier menghargai sokongan pengguna sambil mengeratkan hubungan dengan komuniti tempatan.
Bagi yang berminat untuk ke acara ini, kemasukan ke festival adalah percuma. Dan apa yang menarik, bagi pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya minimum RM5,000, anda layak untuk menebus jersi eksklusif Liverpool FC.

Jadi, jangan ketinggalan untuk ke acara Haier Global Fans Festival 2025 ini berlangsung dari 17 hingga 21 Disember di Pavilion Bukit Jalil yang terletak di lokasi The Piazza, Aras 3, dan terbuka kepada orang ramai yang ingin merasai sendiri pengalaman gaya hidup pintar bersama Haier.