ZUS COFFEE Memperkenalkan Semula Siri Chocolate ChubbyBara – Telah Terjual Lebih 450,000 Cawan
Lina Rosli
ZUS COFFEE menutup tirai tahun 2025 dengan pelancaran semula siri Chocolate ChubbyBara, sebuah rangkaian minuman coklat yang menawarkan rasa yang lazat di samping membawa mesej yang positif kepada rakyat Malaysia.
Diinspirasikan oleh capybara, haiwan yang sinonim dengan sifat tenang dan santai, siri Chocolate ChubbyBara membawa pendekatan yang sejajar dengan keperluan pengguna untuk berehat dan memperlahankan rentak, khususnya menjelang penghujung tahun.

Sambutan terhadap pelancaran semula ini turut mencerminkan penerimaan pasaran yang kukuh, dengan lebih 450,000 cawan terjual dalam tempoh dua minggu pertama, melepasi prestasi pelancaran awal pada tahun 2024.
Rangkaian siri Chocolate ChubbyBara ini menampilkan pilihan minuman coklat premium yang dirumus bagi memenuhi citarasa pelbagai pengguna.
Antara perisa yang ditawarkan termasuk Finally Pistachio Chocolate, Australian Chocolate yang menggunakan 100 peratus coklat Australia, Double Chocolate Chip Frappe, serta Frosted Mint Chocolate yang memberikan gabungan rasa coklat dengan sentuhan segar.
Setiap pilihan direka untuk memberikan pengalaman minuman yang seimbang antara rasa, tekstur dan keselesaan.

Selain aspek produk, ZUS COFFEE turut memperluaskan inspirasi capybara ini melalui kolaborasi bersama Zoo Negara Malaysia. Melalui inisiatif tersebut, ZUS COFFEE telah mengambil seekor capybara yang menetap di zoo berkenaan – selain turut menyumbangkan sejumlah wang yang disalurkan secara langsung bagi menyokong kebajikan haiwan tersebut, termasuk keperluan makanan, suplemen, rawatan perubatan, aktiviti pengayaan serta penyelenggaraan habitat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan ZUS COFFEE dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar. Pada masa yang sama, kempen ini memberikan peluang kepada pengguna untuk menikmati pengalaman minuman sambil menyokong usaha pemuliharaan tempatan.
Bagi yang berminat, siri Chocolate ChubbyBara ini sudahpun ditawarkan secara meluas di semua rangkaian ZUS Coffee pada harga bermula RM13.90 secawan.