Lorong Seni Seremban Kini Merupakan Lorong Mural Terpanjang Di Malaysia

December 24, 2025
destinasi

Lina Rosli

Baru-baru ini menerusi perkongsian Malaysia Book of Records, Lorong Seni Seremban yang terletak di Jalan Dato Bandar Tunggal di Seremban kini diiktiraf sebagai Lorong Mural Terpanjang di Malaysia.

Lorong ini menampilkan lukisan mural dengan panjang hampir 1 kilometer dan menampilkan hampir 50 mural hasil karya artis tempatan.

Menurut Majlis Bandaraya Seremban, perlaksanaan lorong seni ini bermula sebagai inisiatif penyegaran bandar pada tahun 2019 kini telah berkembang menjadi ruang awam yang meriah – selain turut menghubungkan semula masyarakat dengan seni, budaya, dan identiti unik Seremban.

Dengan penambahbaikan dan pemurnian semula lorong ini, ia bukan sahaja menjadi destinasi popular untuk fotografi dan lawatan santai, tetapi juga simbol kebanggaan komuniti dalam mengekalkan warisan seni tempatan.

Dengan mural yang menggambarkan pelbagai tema — dari kehidupan seharian, sejarah tempatan, hingga ekspresi kreativiti kontemporari, Lorong Seni Seremban kini menjadi contoh bagaimana seni bandar dapat memberi nafas baru kepada ruang awam dan memupuk interaksi sosial.

Jika anda mencari pengalaman seni yang memukau sambil menelusuri jalanan Seremban, Lorong Seni adalah destinasi wajib yang menggabungkan keindahan visual dengan cerita budaya yang kaya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd