Jualan Cuci Gudang HABIB – Diskaun Sehingga 65% Bagi Emas 999 dan Koleksi Berlian Terpilih

December 26, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

HABIB kini kembali dengan Jualan Cuci Gudang HABIB yang berlangsung dari 25 hingga 29 Disember 2025 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.

Sebagai acara tahunan yang dinanti-nantikan, Jualan Cuci Gudang ini menawarkan pelbagai potongan harga istimewa melibatkan barangan kemas emas 999 dan 916, koleksi berlian serta batu permata terpilih.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha HABIB dalam menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan menerusi tawaran eksklusif menjelang penghujung tahun.

Selain itu, HABIB turut menawarkan subang mutiara pada harga istimewa RM88. Pelanggan juga berpeluang menerima hadiah istimewa sepanjang tempoh promosi, antaranya:

  • Rantai tangan Tiger’s Eye dengan pembelian bernilai RM6,000 ke atas dalam satu resit
  • Ice Boliday dengan pembelian RM10,000 ke atas bagi barangan kemas dalam satu resit

Bagi anda yang ingin berkunjung ke bilik pameran HABIB terdekat untuk menikmati Jualan Cuci Gudang HABIB, acara ini diadakan bagi tempoh terhad bermula 25 hingga 28 Disember 2025. Malah, HABIB turut menyediakan kudapan ringan bagi keselesaan pelanggan sepanjang tempoh jualan berlangsung.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com atau ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook (@HABIB).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd