Sheraton Kota Kinabalu Kini Dibuka – Menampilkan Wajah Baharu Hospitaliti Mewah Di Sabah

December 30, 2025
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

Kota Kinabalu kini menerima satu lagi mercu tanda hospitaliti baharu dengan pembukaan rasmi Sheraton Kota Kinabalu, sebuah hotel ikonik yang membawa nafas segar kepada landskap perhotelan di ibu negeri Sabah.

Dibangunkan sebagai antara menara tertinggi di Borneo, hotel ini bukan sekadar menawarkan penginapan, malah menjadi ruang pertemuan yang menggabungkan reka bentuk kontemporari, keselesaan moden dan semangat komuniti.

Untuk pengetahuan anda, Sheraton Kota Kinabalu ini terletak di Jalan Albert Kwok – yang mana ia menawarkan pemandangan panoramik Laut China Selatan serta Gunung Kinabalu yang memukau.

Bukan itu sahaja, ia juga terletak berhampiran dengan kawasan waterfront, pusat beli-belah, destinasi makanan dan tarikan budaya menjadikan hotel ini pilihan ideal untuk pelancong perniagaan dan percutian.

Menurut Ramesh Jackson, Naib Presiden Serantau Indonesia & Malaysia, Marriott International, pembukaan Sheraton Kota Kinabalu menandakan satu pencapaian penting dalam peluasan jenama Sheraton di rantau ini.

Ini kerana Kota Kinabalu disifatkan sebagai destinasi yang kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi, menjadikan hotel ini lebih daripada sekadar tempat penginapan, tetapi sebuah hab sosial yang menghubungkan pelancong dan komuniti tempatan.

Reka Bentuk Berteraskan Komuniti Dan Keterhubungan

Mengangkat visi transformasi global Sheraton, hotel ini menampilkan Communal Lobby sebagai nadi utama ruang awam.

Ia berfungsi sebagai ruang serba-boleh di hotel ini yang mana lobi ini dilengkapi Community Table yang membolehkan tetamu bekerja, berinteraksi atau berehat dengan kemudahan seperti soket kuasa, pencahayaan terbina dan pengecasan tanpa wayar.

Bagi tetamu yang memerlukan privasi, kemudahan reruai kalis bunyi di tingkat lima menawarkan ruang tenang untuk perbincangan atau panggilan video.

Selain itu, The Studio di aras bawah menyediakan ruang eksklusif untuk tempahan peribadi, sesuai untuk sesi kolaborasi, perbincangan kreatif atau pertemuan tidak formal dalam suasana yang elegan.

Penginapan Dengan Pemandangan Ikonik

Sheraton Kota Kinabalu menawarkan 307 bilik dan suite yang direka dengan teliti, diinspirasikan oleh elemen pesisir pantai dan landskap pergunungan Sabah. Bilik standard dilengkapi tingkap besar yang membenarkan cahaya semula jadi masuk, serta bilik mandi luas dengan ruang berasingan untuk keselesaan tetamu.

Bagi pengalaman yang lebih eksklusif, tetamu boleh memilih kategori premium seperti Executive Room, Executive Suite, Deluxe Suite dan Presidential Suite yang menawarkan kemasan mewah, kemudahan intuitif serta pemandangan bandar dan laut yang menenangkan.

Pengalaman Eksklusif Sheraton Club

Tetamu Sheraton Club, termasuk ahli elit Marriott Bonvoy dan penghuni suite, menikmati akses ke Sheraton Club Lounge yang direka sebagai ruang produktiviti dan relaksasi. Dengan pemandangan bandar dan laut, lounge ini menawarkan sajian makanan dan minuman terpilih, kemudahan premium serta akses 24 jam dalam suasana yang tenang dan eksklusif.

Destinasi Gastronomi Baharu Di Kota Kinabalu

Sheraton Kota Kinabalu turut memperkenalkan beberapa konsep gastronomi yang berpotensi menjadi tumpuan baharu di bandar ini. Daily Social menyajikan hidangan sepanjang hari dengan gabungan menu antarabangsa dan tempatan, manakala &More by Sheraton berfungsi sebagai kafe, ruang santai dan bar yang beralih daripada kopi pagi kepada koktel petang.

The Burger Box pula menawarkan pilihan burger gourmet dan sajian kasual, sesuai untuk keluarga dan pencinta makanan. Melengkapkan pengalaman kulinari, Rooftop Bar yang terletak 100 meter dari aras laut menjanjikan pemandangan matahari terbenam yang memukau bersama koktel istimewa, menjadikannya lokasi ideal untuk pertemuan santai dan acara sosial.

Ruang Acara, Kesihatan Dan Keseimbangan

Sebagai destinasi acara premium, hotel ini menampilkan dewan besar seluas 703 meter persegi, empat bilik mesyuarat fleksibel serta ruang acara kolaboratif yang dilengkapi teknologi terkini. Wedding Pavilion yang terletak di aras tinggi pula menawarkan latar laut dan pulau-pulau sekitar sebagai lokasi perkahwinan yang eksklusif.

Bagi kesejahteraan tetamu, Sheraton Fitness menyediakan kemudahan senaman moden, manakala Sheraton Spa menawarkan rawatan relaksasi untuk mengembalikan kesegaran tubuh dan minda. Kolam infiniti atas bumbung dengan pemandangan Laut China Selatan melengkapkan pengalaman rehat bandar yang seimbang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sheraton Kota Kinabalu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd