Periksa Dulu Kurma Sebelum Makan – Elak Kulat, Cacing Dan Serangga Kecil Di Celah Biji Kurma

February 21, 2025
Tips

Lina Rosli

Memasuki bulan Ramadan ini, pasti ramai sudah mula membeli dan menyimpan stok kurma untuk dihidangkan sewaktu sahur dan iftar. Pastikan untuk penyimpanan, anda menggunakan bekas plastik yang kedap udara dan tidak mempunyai lubang yang terdedah – bagi memastikan kualiti dan kebersihan kurma terjamin.

Hal ini kerana, untuk sesetengah cara penyimpanan yang tidak elok, boleh menyebabkan keselamatan pengambilan kurma terjejas.

Sebelum ini, pihak KKM telah mengeluarkan saranan kepada semua individu untuk memeriksa dengan membelah dahulu kurma sebelum masuk ke dalam mulut. Ini keranan bimbang terdapat kulat, serangga kecil, ulat dan cacing atau anasir lain yang berbahaya di celah-celah antara isi dan biji kurma.

Ditambah lagi untuk anda yang mempunyai stok kurma yang banyak dan telah disimpan lama di dalam kabinet, perkara ini semestinya perlu diambil tindakan serius bagi mencegah daripada kemudaratan kesihatan pada masa kelak.

Berapa Lama Tempoh Tahan Kurma Jika Disimpan Di Kabinet?

Secara umumnya, kurma mempunyai tempoh ketahanan yang lebih lama berbanding buah-buahan lain seperti pisang, epal dan limau.

Jika disimpan di dalam suhu bilik, kurma ini boleh bertahan antara 1 hingga 3 bulan. Sementara jika anda menyimpannya di dalam peti sejuk, kualitinya akan terjamin sehingga mencecah 6 hingga 12 bulan.

Untuk pengetahuan anda juga, bagi kebanyakan buah kurma anda jenis kering, ia biasanya mempunyai jangka hayat segar yang lebih lama jika dibandingkan dengan jenis yang lebih lembap dan basah.

Oleh itu, anda disarankan untuk mencari tempat penyimpanan yang bersesuaian bagi memastikan kurma anda lebih tahan lama dan selamat untuk dimakan.

Bagaimana Cara Mengetahui Kurma Sudah Tidak Selamat Untuk Dimakan?

Bagi mengetahui sama ada kurma di rumah anda masih elok dan selamqt untuk dimakan, berikut adalah 3 perkara utama yang perlu anda pertimbangkan:

  • Lihat sekiranya warna kurma tersebut telah bertukar gelap dan lebih melekit berbanding rupa asalnya.
  • Kurma yang tidak lagi boleh dimakan juga biasanya akan mengeluarkan bau busuk seperti hapak dan masam.
  • Tekstur dan rasa kurma mula berubah dan tidak sama seperti rasa kurma yang biasa.

Sumber: PHM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd