Ini Punca Mengapa Rumah Anda Banyak Semut

January 6, 2025
Tips

Lina Rosli

Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana tiba-tiba muncul sarang semut di rumah anda – walaupun tiada makanan atau snek manis di kawasan sekitar?

Mengapa situasi ini berlaku?

Untuk pengetahuan anda, semut adalah habitat yang unik yang mana setiap spesis mempunyai biologi dan norma tingkah laku yang tersendiri. Semut adalah sejenis serangga berdarah sejuk yang bergantung kepada alam sekitar untuk mengawal suhu badan mereka.

Pada musim sejuk, mereka akan bertapak dan bersarang di bahagian dalam rumah anda untuk mengelakkan sejuk. Sementara apabila tiba musim panas, semut akan bekerja dan mula mengumpulkan makan dan mencari air yang mencukupi sebelum tiba musim sejuk.

Pernah atau tidak anda merasakan rumah anda sudah bersih dan bekas makanan telah disusun rapi, tetapi masih ada semut yang akan merayap di kawasan lantai dan bahagian dapur rumah anda?

Hal ini kerana, terdapat satu jenis kumpulan semut iaitu semut tukang kayu (carpenter ants) yang akan bersarang di kayu mati. Dipendekkan cerita, kayu tersebut mungkin digunakan untuk membuat rumah anda menjadikan mereka turut menetap di rumah anda.

Punca Mengapa Rumah Anda Banyak Semut

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, makanan bukanlah satu-satunya faktor semut bersarang di rumah anda.

Perubahan cuaca, seperti hujan lebat atau cuaca panas terik turut membuatkan semut mencari perlindungan di tempat yang lebih kering dan sejuk. Selain itu, di kawasan yang kering, kawasan yang mempunyai sumber air seperti paip bocor, lantai dapur yang lembap atau kawasan bilik mandi yang basah juga boleh menjadi faktor yang menjadikan semut membina sarang di rumah anda.

Seterusnya, jika anda menyimpan bahan organik seperti habuk kayu, tanah atau sisa daun, ia mungkin boleh menjadi tempat untuk semut menjadikannya sebagai habitat.

Dengan memahami punca-punca ini, langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan rumah, mengawal kelembapan dan menutup retakan dapat diambil untuk mengurangkan kehadiran semut.

Cara Untuk Mengurangkan Semut Di Rumah

Langkah pertama untuk menangani masalah semut di rumah anda adalah dengan memastikan mereka tidak mempunyai akses kepada makanan. Letakkan semua makanan di dalam bekas kedap udara, bersihkan belakang peti sejuk, kabinet dabur dan juga pemanggang roti.

Selain itu, anda disarankan untuk tidak membiarkan lauk diletakkan di atas meja semalaman. Ia bagi mengelakkan daripada semut menjejaki makanan tersebut. Jika boleh, pastikan anda terus basuh pinggan dan mangkuk yang telah digunakan dan tidak membiarkannya terbiar di sinki dapur.

Bukan itu sahaja, elakkan membiarkan makanan haiwan peliharaan anda terdedah lama di lantai. Pastikan tong sampah anda ditutup rapat dan bersihkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Semut Suka Bina Sarang Di Lubang-Lubang Kecil Pada Dinding Rumah

Semut juga gemar bersarang di dalam lubang yang terdapat pada bahagian dinding dan lantai. Hal ini kerana, simen mempunyai suhu yang rendah yang mana memberikan keselesaan kepada mereka.

Oleh itu, cegah semut daripada masuk ke dalam lubang tersebut. Anda juga boleh menampal simen di kawasan dinding dan lantai yang retak dan berlubang. Dengan ini, ia dapat menghalang mereka daripada bersarang di dalam rongga dinding. Sekiranya anda terlihat semut di lantai rumah anda, pastikan anda terus menyapu dan membersihkannya menggunakan pencuci lantai.

Walau bagaimanapun, semut juga boleh menjadi pemangsa yang berfaedah yang mana ia boleh membanteras dan membunuh lipas. Semut juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan benih tumbuhan asli dan membuang sampah di persekitaran rumah kita.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd