Apa Beza ZUS Signature Coffee Dengan ZUS Coffee Biasa?
Lina Rosli
Bagi yang pernah berkunjung ke ZUS Signature, pastinya anda telahpun melihat perbezaan yang ditampilkan oleh syarikat Zuspresso (M) Sdn. Bhd. pada kedai konsep mereka ini – jika dibandingkan dengan rangkaian fizikal ZUS Coffee yang biasa.
Untuk pengetahuan anda, ZUS Signature bukan sekadar tempat untuk menikmati kopi, tetapi juga manifestasi gaya hidup moden dan elegan yang memfokuskan kepada seni rekaan minimalis.

Berbeza dengan kafe ZUS Coffee yang biasa, ZUS Signature hadir dengan elemen daripada reka bentuk visual yang tersendiri – tidak menggunakan logo ZUS biasa yang berwarna biru.
Jenama ini dilihat hadir dengan rekaan kedai yang lebih bersih yang mana menggunakan warna monokromatik hitam dan putih krim serta memperlihatkan penggunaan logo baharu yang hanya menggunakan tipografi “Z” pada cawan minuman dan juga pek pembungkusan yang lain.

Reka Bentuk Ikonik dan Minimalis
Salah satu aspek yang paling menarik perhatian di ZUS Signature adalah garisan serong 55° yang diilhamkan daripada huruf “Z” yang ikonik. Garisan ini tidak hanya berfungsi sebagai elemen estetik, tetapi juga sebagai simbol pergerakan dan kemajuan teknologi yang mencerminkan komitmen jenama dalam sentiasa menampilkan inovasi baharu untuk setiap barisan produk mereka.

Setakat ini, elemen garisan dan juga logo “Z” ini digunakan pada rekaan cawan eksklusif dan juga beg kertas mereka – yang mana masing-masing menampilkan warna latar belakang berwarna putih yang bersih dengan logo “Z” hitam tebal.
Menurut ZUS juga, pemilihan warna monokrom ini bertujuan untuk menjadikan fokus pelanggan bukan pada rekaan beg ataupun cawan, tetapi pada kopi yang dipilih.


ZUS Signature Menggunakan Hanya Biji SOE
Di sebalik rekaan visual yang moden, ZUS Signature juga menawarkan pengalaman kopi yang tiada tandingan.
Untuk setiap cawan yang dipesan, ZUS Signature menggunakan biji kopi Single Origin Espresso (SOE) yang hadir dengan rasa dengan nota yang berani untuk Americano, dan juga rasa yang halus dan berkrim untuk minuman Spanish Latté.
Bagi yang ingin mencuba, anda boleh memilih sama ada ingin mendapatkan kopi dengan rasa yang lebih fruity menerusi SOE Ethiopia ataupun kopi dengan nota yang menggabungkan rasa masam dan kekacang menerusi SOE Brazil.



Tidak ketinggalan, ZUS Signature Coffee turut memperkenalkan House Brew lineup – yang mana ia hadir dengan beberapa pilihan dengan gabungan rasa yang lebih unik dan menarik.
Antara pilihan yang ditawarkan ialah:
- Iced House Brew
- Pistachio Cloud House Brew
- Yuzu Cloud House Brew
- Tiramisu Latte
- Matcha Cloud House Brew
Setiap pilihan hadir dengan karakter rasa tersendiri, sesuai untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza daripada kopi biasa.
Lokasi Strategik Untuk Meraikan Momen Baharu
Bagi anda yang ingin merasai pengalaman ZUS Signature Coffee, kini terdapat beberapa lokasi baharu di seluruh Malaysia yang boleh dikunjungi, termasuk:
Lembah Klang
- ZUS Signature Coffee – Presint 15, Putrajaya
- ZUS Signature Coffee – Uptown Damansara
- ZUS Signature Coffee – Sunway 163 Mall
- ZUS Signature Coffee – Desa Sri Hartamas
Pulau Pinang
- ZUS Signature Coffee – Lucerne Residence, Bayan Lepas
Johor Bahru
- ZUS Signature Coffee – Mount Austin
- ZUS Signature Coffee – Jalan Molek 3/20


Dengan penambahan lokasi baharu ini, lebih ramai pelanggan kini berpeluang menikmati pengalaman ZUS Signature Coffee di kawasan masing-masing.