Nespresso Raikan Tahun Baru Cina “With Love” Menerusi Koleksi Mesin Istimewa Tahun Kuda

January 5, 2026
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Nespresso memperkenalkan koleksi musim perayaan terbaharunya bertemakan With Love, yang diinspirasikan oleh Tahun Kuda—simbol semangat, pembaharuan dan momentum ke hadapan.

Koleksi edisi terhad ini merangkumi pilihan kopi eksklusif, mesin bermusim, aksesori serta keperluan menjamu tetamu, direka khusus untuk memperkaya pengalaman perayaan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Watak utama untuk koleksi ini adalah pilihan kopi edisi terhad yang direka khas untuk dinikmati sepanjang musim perayaan.

Antara yang kembali menjadi tumpuan ialah Pistachio Vanilla Flavour Over Ice, kegemaran ramai yang diinspirasikan oleh kacang pistasio atau kāi xīn guǒ—simbol kegembiraan dan keberuntungan dalam budaya Cina. Untuk kapsul ini, ia tersedia untuk kedua-dua mesin Original dan Vertuo.

Turut melengkapkan koleksi ini ialah White Chocolate Strawberry daripada rangkaian Vertuo, yang hadir dengan rona merah melambangkan tuah dan kemanisan kebersamaan keluarga.

Selain itu, untuk anda yang ingin meneroka pelbagai perisa, Nespresso turut menawarkan Discovery Packs untuk mesin kopi Original dan Vertuo, membolehkan pengguna mencuba variasi kopi dan mencipta pengalaman minuman yang lebih bermakna.

Bukan itu sahaja, koleksi Tahun Baru Cina Nespresso turut menampilkan pilihan mesin dan aksesori bermusim yang menggabungkan estetika perayaan dengan fungsi praktikal harian. Mesin seperti Original Inissia Red dan Vertuo Pop Red menjadi pilihan utama dengan rona merah yang sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Reka bentuk ini dilengkapi dengan sleeve kopi percuma, aksesori pelengkap serta kotak hadiah bermotifkan Tahun Kuda, menjadikan keseluruhan koleksi tampak serasi dan elegan, sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah.

Bagi memperkaya pengalaman menjamu tetamu, pelanggan turut berpeluang menerima hadiah percuma dengan pembelian terpilih, termasuk Coffee Booster, sampul merah eksklusif bertemakan Tahun Kuda, alas meja edisi terhad dengan corak perayaan dan monogram ikonik Nespresso, serta beg mandarin berlapik merah dengan kemasan foil emas.

Sebagai pelengkap, mesin Original dan Vertuo terpilih turut ditawarkan pada harga promosi dengan penjimatan sehingga 25%, menjadikan musim perayaan ini masa yang sesuai untuk menaik taraf atau memulakan ritual kopi baharu di rumah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd