HUDA BEAUTY Memperkenalkan Easy Bake Pressed Powder Untuk Kemasan Matte Lebih Praktikal

January 6, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

HUDA BEAUTY memperkenalkan inovasi terbaharu dalam rangkaian ikoniknya menerusi pelancaran Easy Bake Pressed Powder, versi padat kepada bedak Easy Bake yang telah lama menjadi kegemaran pencinta solekan di seluruh dunia.

Pengenalan produk ini dikatakan selari dengan keperluan individu yang mana produk ini menjanjikan kemasan kulit yang lebih licin, sekata dan tahan lama – yang mana kini dalam bentuk yang lebih mudah dibawa dan digunakan.

Menurut HUDA BEAUTY, Easy Bake Pressed Powder ini dirumus dengan tekstur yang sangat halus sekaligus memudahkannya untuk mengaburkan liang pori, melicinkan permukaan kulit serta menetapkan solekan dengan kawalan kilauan sehingga 12 jam.

Bukan itu sahaja, bedak padat ini juga turut menepati keperluan pelbagai jenis kulit yang mana ia ditawarkan bebas talkum dan pewangi. Dengan ini, ia menjadikannya pilihan yang lebih selesa dan selamat untuk semua.

Pilihan Shades Easy Bake Pressed Powder

Bagi yang berminat, Easy Bake Pressed Powder ini hadir dalam lapan tona inklusif, direka khusus bagi memastikan setiap individu dapat menemukan padanan warna yang sesuai dengan tona kulit masing-masing.

  • Sugar Cookie Translucent – Ultra cerah hingga sederhana, sesuai untuk semua undertone
  • Cherry Blossom Cake – Ultra cerah dengan undertone sejuk
  • Pound Cake – Cerah dengan undertone neutral
  • Peach Cupcake – Cerah sederhana dengan undertone neutral ke hangat
  • Banana Bread – Sederhana dengan undertone hangat
  • Kunafa Blondie – Gelap dengan undertone hangat
  • Cinnamon Bun – Gelap dengan undertone neutral ke hangat
  • Coco Truffle – Ultra gelap dengan undertone neutral

Tips Penggunaan Easy Bake Pressed Powder

Untuk mendapatkan hasil terbaik, ambil bedak menggunakan span atau puff, kemudian tekan perlahan pada kawasan wajah yang mudah berminyak seperti zon-T. Gunakan teknik ‘press and roll’ untuk menetapkan solekan tanpa mengganggu lapisan asas. Produk ini juga sesuai digunakan sepanjang hari untuk sentuhan semula bagi mengekalkan kemasan matte yang segar dan semula jadi.

Bagi hasil yang lebih optimum dan bebas kilauan, produk ini disarankan untuk digunakan bersama HUDA BEAUTY Easy Bake Marshmallow Sponge & Puff yang dijual secara berasingan.

Sekiranya anda ingin mula mendapatkan Easy Bake Pressed Powder ini, ia akan dilancarkan pada 8 Januari 2026 dan boleh didapati secara atas talian serta di kedai fizikal Sephora, ZALORA, Lazada, serta di kaunter Seibu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd