Secret Recipe Raikan Tahun Baharu Cina Menerusi Pelancaran Siri Golden Egg
Lina Rosli
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Secret Recipe memperkenalkan siri hidangan terbaharunya, Golden Egg Series, yang menampilkan keenakan rasa telur masin dalam pelbagai sajian istimewa.
Menerusi siri ini, pelanggan boleh menikmati tiga pilihan hidangan berasaskan telur masin iaitu Salted Egg Fried Rice berharga RM24.80, Salted Egg Chicken Chop (RM26.80) dan Salted Egg Fried Mantou (RM11.80).

Pelancaran siri Golden Egg turut dilengkapkan dengan rangkaian Fruit Tea Smoothies baharu pada harga RM11.80 setiap satu, yang direka sebagai padanan segar bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera.
Antara pilihan yang ditawarkan termasuk Strawberry Lemon dengan rasa segar dan keseimbangan asid yang menyenangkan, Passion Mint berinspirasikan rasa tropika, Tropical Rose yang lembut dan beraroma, Lychee Mint yang menyegarkan, serta Apple Calamansi dengan sentuhan sitrus yang menyegarkan.

Sebagai pembuka selera, Salted Egg Fried Mantou disajikan dalam bentuk mantou goreng keemasan yang rangup, ditaburi serbuk telur masin dan dipadankan bersama sos telur masin berkrim, menjadikannya sesuai untuk dikongsi atau dinikmati sebagai sajian ringan.
Bagi hidangan utama, Salted Egg Fried Rice pula menawarkan sentuhan moden kepada nasi goreng kegemaran rakyat Malaysia apabila dimasak bersama baby scallop, udang dan serbuk telur masin.
Sementara itu, Salted Egg Chicken Chop pula adalah hidangan ala Western yang menampilkan paha ayam goreng rangup yang disiram sos telur masin berkrim – kemudian dilengkapkan dengan taburan serbuk telur masin serta dihidangkan bersama mantou goreng dan salad segar.
Bagi yang berminat, siri Golden Egg kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Rangkaian Fruit Tea Smoothies pula ditawarkan di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk AEON Mall Taiping.