Rotiboy Kini Hadir Pocketboy Dan Iceboy – Terhad Di Rotiboy Alamanda

January 6, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Apabila sebut sahaja jenama Rotiboy, pastinya anda akan teringatkan tentang roti mereka yang lembut dan beraroma.

Namun kali ini, jenama ini tampil dengan sesuatu yang lebih menarik untuk penggemarnya – Rotiboy memperkenalkan roti aiskrim baharu yang dikenali sebagai Pocketboy pada harga RM5.50. Ia merupakan satu padanan yang lazat antara roti lembut dengan aiskrim berperisa sama ada coklat, susu atau campuran yang menyegarkan.

Selain Pocketboy, Rotiboy turut memperkenalkan Iceboy (RM2.50), aiskrim kon lembut yang hadir dalam beberapa pilihan perisa seperti Milkee, Chocolate dan Twin. Untuk masa terhad, pelanggan juga boleh menikmati promosi pembelian mana-mana 2 Iceboy pada harga RM4.00.

Dengan pelancaran Pocketboy ini, Rotiboy kini tidak hanya memfokuskan kepada sekadar roti tetapi turut menawarkan snek dan pencuci mulut yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Bagi yang berminat, menu Pocketboy dan Rotiboy ini masih lagi ditawarkan secara terhad – hanya boleh didapati di Rotiboy Alamanda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd