Cetaphil Memperkenalkan Ceramide Repair Lotion Berasaskan Sains Untuk Individu Dengan Kulit Sensitif

January 7, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Sebagai antara jenama penjagaan kulit dermatologi yang memfokuskan kepada kulit sensitif popular di Malaysia, Cetaphil memperkenalkan Ceramide Repair Lotion – khusus untuk individu yang mempunyai kulit sensitif.

Bagi yang tidak mengetahui, Ceramide Repair Lotion ini hadir dengan formulasi baharu yang dibangunkan untuk menyokong pemulihan lapisan perlindungan kulit dan meningkatkan tahap hidrasi.

Menurut Cetaphil, produk ini diformulasikan khusus untuk individu yang mengalami kulit kering, gatal dan mudah tidak selesa dengan penekanan kepada pengukuhan penghalang kulit dalaman. Ceramide Repair Lotion telah diuji secara dermatologi dan disokong data klinikal, selari dengan pendekatan Cetaphil yang berteraskan sains.

Menurut Galderma Malaysia, isu kulit sensitif memberi kesan kepada sehingga 70 peratus populasi global, dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan gaya hidup moden sepertiL

  • pencemaran
  • tekanan kronik
  • kualiti tidur yang rendah
  • tabiat penjagaan kulit yang tidak sesuai

Di Malaysia, cuaca panas dan lembap turut dikenal pasti sebagai faktor yang meningkatkan risiko kekeringan dan ketidakselesaan kulit.

Ceramide Repair Lotion diformulasikan menggunakan Triple Barrier Technology, gabungan ceramide, asid amino dan minyak biji bunga matahari. Kombinasi ini bertujuan membantu mengekalkan kelembapan kulit, menyokong pemulihan penghalang kulit serta mengurangkan rasa gatal dan kekasaran pada kulit.

Data klinikal menunjukkan penggunaan losen ini mampu mengurangkan kegatalan kulit kering sehingga 86 peratus selepas empat minggu, selain meningkatkan tahap hidrasi sehingga 48 jam dan menyokong kesan pembaikan penghalang kulit sehingga lapan jam selepas satu penggunaan. Dan yang lebih menarik, formulasi ini sesuai digunakan pada wajah dan badan.

Pakar Perunding Dermatologi dari Central Dermatology Specialist Clinic, Dr. Benji Teoh, menyatakan bahawa penjagaan kulit yang memfokuskan kepada penghalang kulit semakin menjadi pilihan dalam amalan klinikal. Menurut beliau, ceramide merupakan komponen semula jadi yang penting dalam mengekalkan fungsi perlindungan kulit dan membantu mengurangkan kehilangan kelembapan.

Bagi melengkapkan rutin penjagaan kulit kering dan sangat kering, Ceramide Repair Lotion boleh digandingkan dengan Cetaphil Hydrating Foam Cleanser sebagai sebahagian daripada Cetaphil Barrier Restoration Regimen, rutin dua langkah yang merangkumi pembersihan lembut dan penghidratan berfokus.

Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan pengguna, Cetaphil turut menganjurkan Cetaphil SkinLABS, sebuah pameran interaktif yang berlangsung di 1 Utama Shopping Centre dari 6 hingga 11 Januari 2026. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kulit sensitif melalui demonstrasi produk dan perkongsian berasaskan kepakaran dermatologi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd