LG PuriCare AeroCat Tower Air Purifier – Pembersih Udara Pintar Khusus Untuk Rumah Yang Mempunyai Kucing
Lina Rosli
LG Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan pembersih udara pintar khusus untuk anda yang mempunyai haiwan perliharaan terutamanya kucing di rumah – iaitu LG PuriCare AeroCat Tower Air Purifier.
Pembersih udara ini tampil sebagai inovasi moden yang menggabungkan teknologi penyucian udara berprestasi tinggi dengan pendekatan mesra haiwan peliharaan.

Menurut LG, pembersih udara ini direka bagi memenuhi keperluan kualiti udara dalaman yang lebih sihat, produk ini bukan sahaja berfungsi sebagai penulen udara, malah menawarkan ruang rehat yang selesa untuk haiwan kesayangan di rumah.
Reka Bentuk Berfungsi Dan Estetika Moden
Berbeza daripada pembersih udara konvensional, LG PuriCare AeroCat Tower hadir dengan reka bentuk menegak yang elegan dan sesuai untuk ruang kediaman kontemporari.
Bahagian atas peranti ini dilengkapi tempat duduk berkubah yang direka khas untuk kucing berehat dengan selesa – boleh menampung berat sehingga 15kg. Ia turut menyokong fungsi pemanasan dengan dua tetapan suhu iaitu 34°C untuk anak kucing dan 39°C untuk kucing dewasa, menjadikan ruang tersebut lebih menarik dan selesa untuk haiwan peliharaan, terutamanya dalam persekitaran berhawa dingin.

Bukan sekadar itu, LG PuriCare AeroCat Tower turut dilengkapi dengan dua mod pemanasan iaitu Sensing Warmth Mode dan Consistent Warm Mode – yang mana untuk mod sensing, ia akan memanaskan permukaan tempat duduk berkubah hanya apabila kucing berada di atasnya.
Dengan ini, ia secara tidak langsung membantu penjimatan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan kucing anda.

Sistem Penyucian Udara Berteknologi Tinggi
Dari sudut prestasi, LG PuriCare AeroCat Tower menggunakan sistem penapisan berlapis yang direka untuk menyingkirkan zarah halus, alergen dan bau yang lazimnya berpunca daripada haiwan peliharaan. Penapis HEPA berkecekapan tinggi mampu menangkap partikel ultra halus, termasuk habuk, debunga dan bulu haiwan, sekaligus menyumbang kepada persekitaran dalaman yang lebih bersih dan selamat.
Tambahan pula, teknologi UVnano membantu mengurangkan pembiakan bakteria pada komponen dalaman peranti, menyokong tahap kebersihan yang lebih tinggi secara berterusan.

Prestasi Konsisten Untuk Kualiti Udara Dalaman
Apa yang menarik juga, peranti ini direka untuk beroperasi secara automatik dengan menyesuaikan tahap penyucian berdasarkan keadaan kualiti udara semasa. Ia sesuai digunakan di ruang kediaman bersaiz sederhana seperti ruang tamu atau bilik tidur, terutamanya di kawasan yang sering menjadi tempat haiwan peliharaan berehat.
Aliran udara yang efisien membantu memastikan udara bersih diedarkan secara sekata, sekaligus menyokong keselesaan penghuni rumah dan haiwan peliharaan dalam jangka masa panjang.

Integrasi Pintar Dan Pemantauan Haiwan Peliharaan
Selain itu, LG PuriCare AeroCat Tower turut menyokong sambungan pintar melalui aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau kualiti udara, status penapis dan tetapan peranti dari jarak jauh.
Menariknya, peranti ini juga menyokong fungsi penjejakan haiwan peliharaan, termasuk pemantauan berat badan dan corak penggunaan tempat rehat oleh kucing, yang boleh dijadikan rujukan untuk kesejahteraan haiwan secara keseluruhan.
Sebagai tambahan,

Apa yang menarik juga, LG PuriCare AeroCat Tower dilengkapi platform bertingkat yang direka untuk memastikan peranti kekal stabil. Reka bentuk ini memudahkan kucing yang lebih berusia atau berkaki pendek untuk memanjat dengan mudah – tanpa risiko tergelincir, selain turut mengurangkan kemungkinan kerosakan pada peranti akibat pergerakan yang tidak stabil.
Selain itu, butang kawalan ditempatkan secara tersembunyi di bahagian bawah peranti untuk mengurangkan risiko kemalangan. Pendekatan ini memastikan haiwan peliharaan tidak secara tidak sengaja menekan butang, menjadikan penggunaan peranti lebih selamat untuk kucing di rumah.

Mod Rehat Kucing (Cat Relax Mode)
LG PuriCare AeroCat Tower dilengkapi Cat Relax Mode, satu ciri yang direka untuk memastikan kucing dapat berehat dengan selesa di atas peranti. Mod ini mengawal suhu tempat duduk dan aliran udara secara automatik agar persekitaran kekal hangat dan nyaman, sesuai untuk kucing yang suka bersantai atau tidur lama.
Selain keselesaan, ciri ini juga membantu meningkatkan kesejahteraan haiwan peliharaan dengan menyediakan ruang yang menenangkan dan selamat.

Akhir sekali, LG PuriCare AeroCat Tower Air Purifier mencerminkan pendekatan baharu dalam penyucian udara domestik dengan memberi perhatian kepada kesihatan manusia dan haiwan peliharaan secara serentak.
Dengan gabungan teknologi penapisan canggih, ciri pintar dan reka bentuk mesra kucing, produk ini sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan yang mementingkan kualiti udara, kebersihan dan keselesaan dalam kediaman moden.
Bagi yang berminat, peranti ini ditawarkan pada harga bermula RM70 sebulan menerusi solusi LG Subscribe – atau anda turut boleh mendapatkannya pada harga RM3,200 untuk pembelian pemilikan secara terus.