REDMI Note 15 Pro+ 5G – Apabila Telefon Menjadi Kamera, Komputer Riba & Teman Harian

January 22, 2026
Advertorial

Lina Rosli

Dalam dunia hari ini, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi. Ia adalah kamera, diari visual, pejabat bergerak, ruang kerja peribadi dan teman setia yang sentiasa berada dalam genggaman.

Untuk saya sendiri, yang merupakan seorang penulis, pengurus projek dan juga penggemar kopi – yang bergerak hampir 24 jam bersama telefonnya untuk mengambil gambar, merakam video, membalas e-mel, mengemas kini artikel, menyunting kandungan dan mengurus urusan harian, sebuah telefon perlu lebih daripada sekadar cantik. 

Telefon yang saya gunakan perlulah tahan lasak, berkuasa dan mampu mengikuti rentak kehidupan harian saya.

Di sinilah pengalaman menggunakan REDMI Note 15 Pro+ 5G terasa berbeza. Ia bukan sekadar telefon yang kelihatan meyakinkan di atas kertas, tetapi benar-benar direka untuk digunakan dalam dunia sebenar. 

Setiap ciri terasa relevan, setiap perincian menyokong gaya hidup aktif tanpa memaksa pengguna terlalu berhati-hati atau berkompromi dengan rutin harian.

Rekaan Yang Estetik Dan Premium

Sejak pertama kali digunakan, REDMI Note 15 Pro+ 5G memberikan rasa kukuh di tangan, namun tetap selesa dan seimbang. 

Rekaannya kemas, moden dan tampak premium, sesuai dibawa ke mesyuarat, acara media atau ketika melancong. Ia tidak terasa berat, tidak juga kelihatan membosankan. Sebaliknya, ia membawa imej profesional yang seiring dengan gaya hidup wanita moden.

Untuk pengetahuan anda, REDMI Note 15 Pro+ 5G ini hadir dengan saiz skrin sebesar 6.83 inci. Menjadikannya sesuai untuk penggunaan yang pelbagai – sama ada untuk suntingan ataupun hiburan.

Kemasan pada bahagian belakang peranti pula menampilkan penggunaan bahan polimer silikon yang terasa seperti kulit sebenar. Melengkapkannya adalah bingkai tepi yang dihasilkan menggunakan aluminium – bagi memastikannya lebih tahan lasak.

Dengan kehadiran kesemua bahan ini, sebagai seseorang yang sering membawa pelbagai barangan dalam satu beg daripada dompet, kunci kereta, alat solek sehinggalah aksesori kerja — saya berasa lebih tenang dan selamat. Ini kerana, walaupun ia sering bergesel dengan kunci, power bank dan barangan lain, ia masih kelihatan seperti baharu kerana ia tidak mudah calar.

Bukan itu sahaja, penggunaan Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan juga turut menambah keyakinan bahawa peranti ini mampu menahan realiti harian seperti ini. Tanpa perlu risau setiap kali memasukkan telefon ke dalam beg, fokus boleh diberikan sepenuhnya kepada kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan.

Peranti Tahan Lasak Untuk Wanita Yang Lasak

Menjadi seorang wanita juga, segala barang dari kunci, buku hingga ke telefon pintar semuanya ingin dipegang. Dan apabila semua hendak dipegangnya, sudah tentu risiko untuk terjatuh juga meningkat.

Pernah suatu ketika, apabila saya ingin membuka pintu kereta, telefon pintar ini terlepas dari genggaman dan jatuh ke jalan. Namun, selepas diperiksa, tiada kesan retak atau kerosakan ketara. 

Di sinilah kelebihan binaan REDMI Titan Structure benar-benar terasa. Rangka tengah yang diperkuat serta papan induk berketahanan tinggi bukan sekadar istilah teknikal, tetapi perlindungan sebenar dalam situasi dunia nyata. 

Tambahan pula, pensijilan SGS Premium Performance 5-Bintang mengesahkan ketahanan terhadap jatuhan, tekanan dan lenturan. Dengan ini, ia memberikan satu jaminan bahawa telefon ini dibina untuk kegunaan jangka panjang.

Perlindungan Dari Basah Dan Debu

Khusus untuk para pencipta kandungan tempatan yang mungkin sedang mencari peranti yang sesuai digunakan untuk kebanyakan aktiviti dilakukan di luar, REDMI Note 15 Pro+ 5G ini juga dilengkapi dengan perlindungan IP66, IP68, IP69 dan IP69K – yang mana ia dikatakan masih boleh terus digunakan walaupun dalam keadaan basah atau berdebu.

Dan saya turut mencubanya. Menariknya, skrin masih boleh digunakan dengan baik. Ciri AI Wet Touch 2.0 memastikan sentuhan pada skrin kekal responsif walaupun skrin basah, tanpa perlu mengelapnya terlebih dahulu. 

Dalam situasi sebenar, kelebihan kecil seperti ini sangat berfungsi kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah turut mengurangkan gangguan dan membolehkan kerja diteruskan dengan lancar.

Rakaman Gambar Seakan Kamera Professional

Saya turut sempat mencuba merakam beberapa gambar pada hujung minggu yang lepas.

Rakaman ini dilakukan secara santai menggunakan telefon pintar REDMI Note 15 Pro+ 5G, yang membolehkan saya menangkap gambar OOTD saya dan juga persekitaran kawasan tersebut dengan jelas serta semula jadi. 

Hasil gambar yang dirakam menunjukkan tahap ketajaman yang baik dengan perincian yang jelas, terutamanya pada subjek dan tekstur persekitaran. 

Warna yang dihasilkan kelihatan seimbang dan natural, manakala kawalan pencahayaan adalah memuaskan walaupun dalam keadaan cahaya yang terlalu harsh

Secara keseluruhan, imej yang diperoleh kelihatan kemas dan konsisten, sesuai untuk kegunaan dokumentasi harian serta perkongsian visual.

Bagi yang tidak mengetahui, REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan kamera utama 200MP generasi keempat, dilengkapi sensor besar 1/1.4 inci yang mampu merakam perincian dengan jelas. 

Menariknya, peranti ini turut menyokong fungsi telefoto zum dalam sensor pada tahap optikal sehingga 4x. Berdasarkan penggunaan, hasil zum 1x hingga 4x mengekalkan tahap ketajaman yang konsisten dengan butiran masih jelas. Ini membolehkan pengguna merakam subjek dari jarak jauh seperti seni bina, objek kecil atau potret candid tanpa kehilangan kualiti imej yang ketara.

Bateri Tahan Lama Dan Sokongan Pengecasan Pantas

Dalam kehidupan yang bergerak dari pagi hingga malam, bateri menjadi nadi utama. Hari jarang berakhir awal. 

Dari mula kerja di pagi hari sehinggalah mengisi semula hari anda dengan kandungan santai pada waktu malam, telefon sentiasa digunakan. 

Untuk REDMI Note 15 Pro+ 5G ini menggunakan bateri Silicon-Carbon 6,500mAh yang terbukti mampu menyokong penggunaan intensif sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas.

Lebih meyakinkan, bateri ini direka untuk mengekalkan kesihatan sehingga 80% walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan. Ini bermaksud, prestasi bateri masih stabil walaupun digunakan sehingga anggaran enam tahun penggunaan biasa.

Tidak hanya itu, REDMI turut menampilkan pengecasan 100W HyperCharge membolehkan bateri dicas penuh dalam kira-kira 40 minit. Ia sangat membantu ketika perlu bersiap dalam tempoh singkat sebelum keluar semula. 

Terdapat juga fungsi pengecasan berbalik 22.5W yang dijangka akan memberi fleksibiliti tambahan, terutamanya ketika berada di luar – untuk mengecas peranti lain seperti fon telinga atau telefon rakan.

Sokongan Kemaskini Sistem Operasi, Keselamatan Dan Jaminan Bateri

Apa yang benar-benar membezakan REDMI Note 15 Series ialah komitmen jangka panjang yang ditawarkan kepada pengguna. Peranti ini menyokong sehingga 4 tahun kemas kini sistem operasi dan 6 tahun kemas kini keselamatan, di samping jaminan kemalangan selama 2 tahun. Ini menjadikan REDMI Note 15 Series jelas direka untuk penggunaan jangka panjang, bukan sekadar peranti sementara.

Lebih menarik, Xiaomi turut menawarkan jaminan bateri selama 4 tahun, di mana pengguna layak menerima penggantian bateri baharu secara percuma sekiranya tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 80% dalam tempoh tersebut. Dengan ini, secara tidak langsung, ia memberikan ketenangan kepada pengguna bahawa peranti ini akan terus relevan dan selamat digunakan dalam tahun-tahun mendatang.

Bagi wanita yang sentiasa bergerak, mengurus kerja, menghasilkan kandungan dan menjalani kehidupan yang aktif, REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir sebagai alat yang praktikal kerana ia menyokong setiap peranan sama ada sebagai kamera, studio mini, pejabat bergerak dan teman harian.

PenafianAdvertorial dari Xiaomi Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd