SIPZZ, Jenama Tumbler Baharu Kini Buka Kedai Mercu Pertama Di Malaysia
Lina Rosli
Seiring dengan peningkatan kesedaran terhadap gaya hidup sihat dan lestari, penggunaan tumbler boleh guna semula semakin menjadi pilihan dalam kalangan pengguna moden.
Menjawab keperluan ini, SIPZZ, sebuah jenama tumbler baharu, secara rasmi membuka kedai mercu pertamanya di Malaysia – terletak di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Pembukaan in secara tidak langsung menandakan langkah penting dalam pengembangan jenama tersebut di pasaran tempatan.
Pembukaan kedai mercu ini mencerminkan komitmen SIPZZ untuk mendekati pengguna secara lebih langsung melalui pengalaman runcit fizikal.
SIPZZ hadir dengan visi untuk menyokong gaya hidup aktif dan praktikal, khususnya bagi individu yang sentiasa bergerak antara urusan kerja, aktiviti harian dan masa peribadi.

Apa yang menarik juga, bersempena pembukaan kedai mercu pertama SIPZZ juga, jenama ini turut memperkenalkan dua koleksi edisi terhad iaitu koleksi Spring dan juga Mew Mew. Untuk koleksi Spring, ia menampilkan rekaan yang sega dan ceria, manakala koleksi Mew Mew pula hadir dengan rekaan yang lebih kreatif dan peribadi.
Untuk pengetahuan anda, di SIPZZ, mereka tampil dengan variasi pilihan produk yang direka dengan mengambil kira aspek praktikal seperti kemudahan dibawa, ketahanan untuk penggunaan jangka panjang serta ciri yang mengurangkan risiko tumpahan.

Bagi yang berminat, SIPZZ menawarkan produk pada harga bermula RM49.90 untuk cawan kopi sehingga RM149.90 untuk botol bersaiz mega.
Bukan itu sahaja, SIPZZ juga tampil dengan servis ukiran pada botol, pembelian pelekat, dan juga manik untuk anda yang ingin memperibadikan koleksi botol air anda.



Selain fungsi dan rekaan, aspek kelestarian turut menjadi teras kepada penjenamaan SIPZZ. Penggunaan tumbler boleh guna semula membantu mengurangkan kebergantungan terhadap botol plastik sekali guna, sekaligus menyokong usaha pengurangan sisa dan penjagaan alam sekitar.
Kemasukan SIPZZ ke pasaran Malaysia dilihat sebagai langkah strategik, selari dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk gaya hidup yang praktikal dan lestari.

Selain kedai mercu di Paradigm Mall, SIPZZ dijangka akan memperluaskan penawarannya ke beberapa lagi lokasi termasuk Plaza Sungei Wang, 1st Avenue Penang, JBCC dan Sunway Square – sekitar suku pertama 2026.
Selain itu, anda turut boleh mendapatkan produk ini di kedai atas talian SIPZZ di Shopee dan TikTok Shop.