Suu Balm Perkenal Perapi Rambut – Rangkain Produk Penjagaan Kulit Kepala Sensitif Baharu

January 20, 2026
Kecantikan

Bat

Suu Balm, jenama penjagaan kulit yang dirumus oleh pakar dermatologi, terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pelancaran Suu Balm Scalp Hair Conditioner terbaharu. Pelancaran ini melengkapkan rangkaian Suu Balm Scalp Care, yang sebelum ini merangkumi Syampu Anti-Kelemumur dan Semburan Rapid Itch Relief, sekali gus menawarkan rutin penjagaan kulit kepala yang lebih menyeluruh khusus kepala sensitif.

Direka khas untuk kulit kepala sensitif, rangkaian ini dibangunkan bagi menangani masalah kelemumur, kegatalan dan kekeringan kulit kepala yang sering dialami dalam iklim panas dan lembap Malaysia. Diformulasikan oleh pakar dermatologi, Suu Balm Scalp Care terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kelemumur dalam tempoh hanya tiga hari.

Suu Balm Scalp and Hair Conditioner yang baharu ini dirumus khas untuk kegunaan terus pada kulit kepala, memastikan bahan aktif disalurkan terus ke kawasan bermasalah. Ia mengandungi 6x agen berkhasiat yang memberikan hidrasi berterusan serta keseimbangan pH dan keselesaan kulit kepala. Berdasarkan ujian pengguna, 93 peratus mendapati kegatalan kulit kepala berkurangan, manakala 97 peratus menyatakan kulit kepala menjadi lebih lembap selepas penggunaan.

Selari dengan komitmen Suu Balm terhadap formulasi yang lembut dan selamat, rangkaian ini bebas daripada silikon, sulfat, paraben, minyak pati dan pewangi, selain diuji secara dermatologi dan hipoalergenik.

Di samping itu, kesemua produk dalam rangkaian Suu Balm Scalp Care ini juga telah mendapatkan pengesahan dan pensijilan daripada Halal JAKIM Malaysia, bagi menjamin keyakinan kepada pengguna muslim tempatan.

Berikut barisan harga yang diperkenalkan:

  • Suu Balm Gentle Moisturising Anti-Dandruff Shampoo – (RM77.15: 230ml/ RM123.50: 480ml)
  • Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser – (RM59.30: 40ml/ RM116.50: 100ml)
  • Suu Balm Scalp and Hair Conditioner – (RM84.90: 250ml)

Rangkaian produk Suu Balm ini juga boleh didapatkan di semua farmasi terkemuka seperti Caring Pharmacy serta secara dalam talian melalui Kedai Rasmi Suu Balm Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Suu Balm atau kunjungi Facebook dan Instagram.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd