Sunshine Bakeries Memperkenalkan Poketto Sandwic Baharu
Lina Rosli
Di Jepun, konbini atau kedai serbaneka kejiranan menjadi sebahagian daripada rutin harian. Bukan sekadar tempat membeli keperluan, konbini terkenal dengan variasi snek yang ringkas, kemas dan sedia dinikmati pada bila-bila masa.
Berinspirasikan gaya hidup ini, Sunshine Bakeries memperkenalkan ciptaan terbaharunya iaitu Sunshine Poketto Sandwic – sandwic berkrim ala Jepun yang praktikal untuk gaya hidup moden.
Sunshine Poketto Sandwic hadir dalam tiga pilihan perisa iaitu Strawberi, Tiramisu dan Susu Hokkaido. Keistimewaannya terletak pada inti. Sunshine memilih susu Hokkaido yang terkenal dengan tekstur halus serta rasa berkrim yang lembut. Susu premium ini menjadi asas kepada setiap perisa, menghasilkan sandwic yang gebu dan memuaskan dalam setiap gigitan.

Perisa Strawberi menggabungkan krim susu Hokkaido bersama cebisan strawberi sebenar untuk rasa manis yang segar. Tiramisu pula membawa inspirasi pencuci mulut klasik dengan krim berperisa kopi yang lembut dan mewah. Manakala, Susu Hokkaido kekal sebagai pilihan sepanjang masa – ringkas dan sesuai untuk semua peringkat usia.
Poketto Sandwic juga memberi ruang untuk dinikmati dengan cara berbeza di rumah. Anda boleh menyediakannya dengan mebakar roti selama dua hingga empat minit untuk mendapatkan tekstur rangup keemasan dengan inti yang kekal berkrim, atau padankan bersama minuman panas kegemaran untuk sajian santai.
Bagi yang berminat, Sunshine Poketto Sandwic kini tersedia di pasar raya dan peruncit utama di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan dan Alor Setar pada harga RM2.50.
Dengan pensijilan Halal dan rekaan yang menepati gaya hidup moden, Poketto Sandwic membawa kemudahan ala Jepun ke dalam rutin harian.