Tealive Hadir Dengan Menu Baharu ‘OG Bang Bang Mousse’ – Lebih Kaw, Lebih Berkrim Dan Tekstur Mutiara Yang Lebih Kenyal
Lina Rosli
Tealive baru-baru ini telah memperkenalkan pilihan minuman baharu yang mana lebih padu dan lebih kaw khusus untuk penggemar mereka.
Menurut Tealive, pengenalan menu baharu ini merupakan evolusi daripada siri ikonik mereka iaitu OG Bang Bang Mousse – yang mana ia menampilkan pembaharuan daripada segi profil rasa dan kualiti bahan.

Di bawah kempen “Same OG Energy, Serious Upgrade“, Tealive membawakan tiga teras utama dalam penambahbaikan menu kali ini iaitu rasa teh yang lebih kuat (Stronger Tea), tekstur yang lebih berkrim (Creamier Taste), serta tekstur mutiara (pearl) yang lebih kenyal daripada sebelum ini.
Bukan sekadar tertumpu kepada siri Bang Bang, menu baharu ini turut merangkumi pelbagai kategori minuman lain yang telah dioptimumkan untuk keseimbangan rasa yang lebih sempurna:
- Siri Bang Bang Mousse: Menampilkan pilihan utama seperti Bang Bang Mousse Milk Tea, Bang Bang Mousse Milk, dan Triple Bang Bang Milk Tea yang menggabungkan mousse, mutiara gula perang dan Black Diamond.
- Pilihan Buah-Buahan (Fruit Smoothie & Fruit Tea): Termasuk variasi segar seperti Strawberry Pudding Smoothie, Mango Burst Smoothie, serta pilihan teh segar seperti Mulberry Burst Tea Konjac.
- Nishio Matcha & Hojicha: Bagi peminat teh Jepun, siri ini kini hadir dengan lapisan mousse yang lebih padat melalui Matcha Mousse Latte dan Hojicha Mousse Latte.
- Bang Bang Brown Sugar Pearls: Siri klasik yang dipertingkatkan, merangkumi perisa coklat, susu segar dan teh susu.





Pelancaran menu ini mencerminkan komitmen Tealive dalam mendengar maklum balas pelanggan yang mahukan profil rasa yang lebih berani dan tekstur yang lebih memuaskan.
Dengan memperkenalkan Triple Bang Bang Milk Tea, Tealive dilihat cuba memberikan nilai tambah melalui kepelbagaian tekstur (topping) dalam satu minuman.
Bagi yang berminat untuk mencubanya, minuman Tealive baharu ini kini boleh didapati di semua cawangan Tealive seluruh negara bermula hari ini.