Skechers X Sanrio Kembali Dengan Koleksi Paling Comel – Hello Kitty, My Melody, Kuromi & Cinnamoroll
Lina Rosli
Skechers kembali mencuri perhatian peminat fesyen dan budaya kawaii dengan pelancaran Skechers x Sanrio Collection, sebuah kolaborasi istimewa yang menghimpunkan empat watak ikonik Sanrio dalam satu koleksi buat pertama kalinya – Hello Kitty, My Melody, Kuromi dan Cinnamoroll.
Selepas kejayaan kolaborasi Skechers x Kuromi dan Skechers x Cinnamoroll tahun lalu, Skechers kini melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan koleksi yang lebih menyeluruh, ceria dan penuh personaliti.

Dikenali sebagai The Comfort Technology Company, Skechers menggabungkan DNA keselesaan jenama ini dengan estetika kawaii Sanrio, menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori yang bukan sahaja comel, tetapi praktikal untuk digayakan setiap hari oleh peminat pelbagai peringkat usia.
Untuk koleksi ini, kolaborasi ini hadir sebagai satu “universe” lengkap untuk peminat Sanrio, koleksi ini menampilkan karakter setiap watak melalui perincian visual yang playful dan palet warna yang ceria.

Hello Kitty tampil dengan kelembutan ikoniknya, My Melody dengan pesona manis dan sopan, Kuromi membawa sisi nakal yang edgy, manakala Cinnamoroll pula hadir dengan aura dreamy yang menenangkan.
Setiap helaian direka untuk memberi ruang kepada ekspresi diri sambil mengekalkan keselesaan yang menjadi tanda tangan Skechers.
Gaya Seharian Yang Comel & Selesa
Bagi koleksi wanita, Skechers memperkenalkan Knit Short Sleeve Tees dan Knit Skorts yang diperbuat daripada fabrik knit lembut dan selesa. Terdapat tiga rekaan kemeja-t dan dua gaya skort, setiap satu menampilkan ilustrasi watak Sanrio yang ceria.
Untuk kemeja-t, ia menampilkan pilihan Black Beauty dan Black Pink menampilkan logo Sanrio dan Skechers di bahagian hadapan, manakala keempat-empat watak muncul bersama di bahagian belakang sebagai simbol persahabatan.


Untuk pilihan yang lebih ringan, kemeja-t berwarna putih menawarkan pendekatan lebih minimal, dengan Kuromi dan Hello Kitty di bahagian hadapan, Cinnamoroll dan My Melody di belakang, serta perincian logo pada lengan yang memberi sentuhan whimsical.
Bagi yang berminat, Women’s Knit Short Sleeve Tees ditawarkan pada harga RM159 untuk satu rekaan dan RM149 untuk dua rekaan lain, manakala Women’s Knit Skort ditawarkan pada harga RM159, tersedia dalam warna hitam dan coklat.
Skort ini direka untuk dipadankan terus dengan kemeja-t, menampilkan keempat-empat watak berdiri seiring dalam susunan yang comel, sesuai untuk mencipta gaya yang coordinated tanpa usaha berlebihan.

Koleksi Ceria Untuk Si Kecil
Bukan hanya untuk dewasa, Skechers x Sanrio Collection turut meraikan peminat cilik melalui rangkaian pakaian kanak-kanak perempuan yang penuh warna dan imaginasi.
Koleksi ini merangkumi Girls’ Knit Short Sleeve Tees, Sleeveless Tees, Knit Shorts dan Knit Skorts, semuanya direka untuk keselesaan maksimum dan pergerakan bebas.

Kemeja-t lengan pendek dan tanpa lengan, masing-masing berharga RM129 dan tersedia dalam warna putih serta merah jambu, menampilkan watak Sanrio di bahagian hadapan bersama motif hati pelbagai bentuk yang manis. Bahagian belakang pula direka ringkas, menjadikan helaian ini seimbang antara comel dan moden.
Knit Shorts dan Skorts untuk kanak-kanak perempuan juga ditawarkan pada harga RM129, hadir dalam warna hitam dan coklat.
Dengan visual empat watak Sanrio di bahagian hadapan, rekaan ini sesuai untuk aktiviti seharian seperti bermain di taman, berkelah atau sesi bermain imaginatif di rumah.

Aksesori Comel Untuk Dibawa Ke Mana Sahaja
Melengkapkan koleksi ini ialah rangkaian aksesori yang praktikal dan penuh pesona. Women’s Tote Bag yang berharga RM179 dan tersedia dalam warna hitam serta putih, menampilkan keempat-empat watak Sanrio di bahagian hadapan bersama logo Skechers x Sanrio, manakala bahagian belakang dibiarkan ringkas untuk gaya yang lebih fleksibel.

Untuk kanak-kanak pula, Girls’ Sling Bag berharga RM159 hadir dalam warna putih dan merah jambu. Dengan ilustrasi watak di bahagian hadapan dan logo di belakang, beg ini direka bersaiz ideal untuk membawa keperluan harian sambil menambah elemen keseronokan dalam setiap langkah.

Bermula dari harga RM129, Skechers x Sanrio Collection kini boleh didapati di butik Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX, 1 Utama, Aeon Mall Bandaraya Melaka, Aeon Mall Ipoh Station 18, IOI City Mall, Mid Valley Megamall, Queensbay Mall dan Mid Valley Southkey.
Selain itu, koleksi ini juga boleh dibeli secara atas talian di skechers.com.my.