Sam Edelman Kini Dibuka Di SEIBU TRX
Lina Rosli
Jenama kasut terkemuka dari Amerika Syarikat, Sam Edelman, terus memperluas pengaruhnya dalam pasaran fesyen tempatan dengan pembukaan ruang kaunter dalam kedai (in-store counter-space) pertama mereka di SEIBU, The Exchange TRX.
Langkah strategik ini menandakan kehadiran runcit keempat jenama tersebut di Malaysia, selepas kejayaan pembukaan butik berdiri sendiri (standalone boutique) pertama mereka di The Gardens Mall pada tahun lalu.

Terletak di mercu tanda runcit pusat bandar Kuala Lumpur, ruang baharu ini direka khusus untuk menarik perhatian pengunjung bandar yang mementingkan gaya, khususnya penggemar fesyen.
Dengan menampilkan elemen garisan kemas, rona warna yang hangat, serta perincian emas yang halus, ruang ini mencerminkan identiti Sam Edelman yang menggabungkan keanggunan (polish) dengan ciri yang mudah didekati.
Menurut Teressa Lee, Ketua Pemasaran Sam Edelman, kehadiran di SEIBU TRX merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan yang teliti. Ruang ini membolehkan jenama untuk berhubung dengan pelanggan yang lebih urban dan berjiwa fesyen pada detik perjalanan membeli-belah yang berbeza, sambil melengkapkan butik sedia ada melalui pengalaman jenama yang lebih terkurasi.

Ruang kaunter di SEIBU ini membawakan barisan koleksi bermusim dan siluet teras yang menjadi identiti global jenama ini, antaranya:
- Bay Slides (harga bermula RM609)
- Hazel Pumps (harga bermula RM759)
- Michaela Flats (harga bermula RM729)
- Loraine Loafers (harga bermula RM759)
Sebagai menghargai pelanggan sempena pembukaan ini, Sam Edelman turut menawarkan promosi eksklusif di cawangan SEIBU TRX:
- Potongan sebanyak 18% untuk pembelian dua pasang kasut.
- Potongan sebanyak 28% untuk pembelian tiga pasang kasut atau lebih.