Lucky Frozen Membuka Perspektif Baharu Terhadap Wagyu Jepun Melalui Potongan Sekunder

January 23, 2026
fakta menarik

Lina Rosli

Apabila menyebut tentang Wagyu Jepun, kebanyakan penggemar daging lazimnya hanya mengenali beberapa potongan utama seperti ribeye atau striploin.

Namun di dapur profesional, perspektif ini semakin berkembang. Kini, semakin ramai chef memilih untuk menerokai potongan sekunder — bahagian daging yang mungkin kurang dikenali, tetapi menawarkan rasa yang lebih mendalam serta tekstur yang unik apabila diolah dengan teknik yang tepat.

Potongan seperti Chuck Flap, Tri-Tip dan Oyster Blade semakin mendapat tempat dalam kalangan chef profesional kerana struktur ototnya yang jelas dan keupayaan untuk menghasilkan profil rasa yang kompleks.

Pendekatan ini secara tidak langsung memperluas kefahaman tentang Wagyu, bukan sekadar sebagai daging mewah, tetapi sebagai bahan yang serba boleh dalam dunia kulinari moden.

Di Malaysia, usaha ini disokong oleh Lucky Frozen, pengedar makanan import berkualiti tinggi dan peneraju dalam pengedaran protein Halal.

Melalui kerjasama bersama JETRO (Japan External Trade Organization) serta rakan kulinari seperti Potager, Lucky Frozen memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran industri tentang penggunaan Wagyu Jepun secara lebih menyeluruh dan berkesan di dapur tempatan.

Menurut James See, Pengarah Pembangunan Perniagaan Lucky Frozen, syarikat itu bukan sekadar membawa masuk Wagyu Jepun ke pasaran Malaysia, sebaliknya turut aktif membantu chef dan pemain industri memahami cara mengendalikannya dengan betul.

Sehubungan itu, Lucky Frozen membawa masuk tukang daging pakar, Encik Kazuo Eguchi, yang juga merupakan penyumbang kepada panduan pemotongan Wagyu Jepun, untuk berkongsi kepakaran secara langsung.

Perkongsian ini merangkumi pengenalan potongan sekunder serta teknik pengendalian yang tepat bagi memastikan penggunaan yang lebih konsisten dan penghargaan jangka panjang terhadap Wagyu, jelasnya.

Data daripada JETRO menunjukkan bahawa eksport global produk pertanian, perikanan dan makanan Jepun mencecah 1,486.6 bilion yen antara Januari hingga November 2025, mencerminkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Dalam tempoh yang sama, eksport daging lembu Jepun ke Malaysia bernilai 2.1 bilion yen, menjadikannya import pertanian Jepun paling tinggi ke negara ini.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mencuba pilihan Wagyu Jepun yang lebih variasi, Potager, restoran Perancis moden di Bamboo Hills yang diterajui oleh Master Chef Masashi Horiuchi tampil sebagai contoh bagaimana potongan sekunder Wagyu Jepun boleh diketengahkan dalam sajian premium.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lucky Frozen dan JETRO Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd