The LEGO Group Dan Malaysia Airports Bina “Mini Airport” Di KLIA Terminal 1

January 28, 2026
destinasi

Lina Rosli

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, The LEGO Group bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad untuk memperkenalkan kempen Let’s Go Malaysia 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2026, pengunjung dan penumpang boleh menikmati pengalaman Mini Airport within an Airport, iaitu pameran khas yang menampilkan mercu tanda ikonik Malaysia yang dibina sepenuhnya menggunakan LEGO bricks. Inisiatif ini disokong oleh Valiram sebagai rakan runcit rasmi.

Kempen ini bertujuan memberi pengalaman pertama yang menarik kepada pelawat tempatan dan antarabangsa, sambil memperkenalkan warisan, budaya dan identiti Malaysia melalui pendekatan kreatif dan interaktif.

Pameran LEGO di KLIA bukan sahaja menceriakan suasana lapangan terbang, malah menjadikan perjalanan lebih bermakna untuk seisi keluarga.

Selain pameran, pengunjung juga boleh meneroka pelbagai set LEGO yang sesuai untuk perjalanan, termasuk set bertemakan pengembaraan dan binaan bersaiz kompak yang mudah dibawa ke mana-mana.

Melalui kerjasama ini, The LEGO Group dan Malaysia Airports menyokong semangat Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menampilkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kreatif, mesra keluarga dan penuh dengan kepelbagaian budaya.

Pengalaman LEGO Let’s Go Malaysia 2026 boleh dikunjungi di KLIA Terminal 1 sehingga 30 Jun 2026.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd