Skechers Memperkenalkan GOwalk Max Cushioning Flex Untuk Keselesaan Pergerakan Harian
Lina Rosli
Skechers memperkenalkan koleksi terbaharu untuk siri Skechers Slip-Ins iaitu GOwalk Max Cushioning Flex.
Bagi yang berminat, koleksi ini direka khusus untuk memberikan pengalaman berjalan yang lebih selesa dan mudah bagi kegunaan harian.
Untuk pengetahuan anda juga, koleksi ini turut menandakan penampilan pertama SEVENTEEN’s DK, Seungkwan dan Dino sebagai Duta Jenama Serantau Skechers. Kehadiran mereka mencerminkan imej koleksi ini yang menekankan keseimbangan antara prestasi, gaya dan keselesaan untuk kegunaan seharian.

Menurut Skechers, koleksi GOwalk Max Cushioning Flex dibina menggunakan platform Max Cushioning yang menjadi identiti Skechers, dipadankan dengan teknologi ULTRA GO bagi memberikan sokongan yang ringan dan responsif.
Bahagian atas kasut menggunakan fabrik mesh bernafas yang membantu pengudaraan kaki, manakala sistem No Tie Fit memastikan kasut kekal kemas tanpa perlu mengikat tali. Gabungan ini menjadikan kasut sesuai untuk pelbagai aktiviti, daripada urusan harian hingga berjalan dalam tempoh yang lebih panjang.


Bagi lelaki, model Skechers Slip-Ins: GOwalk Max Cushioning Flex – Pave direka dengan teknologi Hands Free Slip-Ins yang memudahkan pemakaian tanpa perlu membongkok. Sokongan tambahan disediakan melalui Heel Pillow yang membantu mengekalkan kedudukan kaki dengan selesa.
Tapak kasut dilengkapi Air-Cooled Goga Mat insole, ULTRA GO foam, Soft Stride cushioning serta tapak luar yang fleksibel untuk kestabilan semasa berjalan.
Kasut ini juga boleh dibasuh menggunakan mesin, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian. Pilihan warna termasuk Black White, Grey Black, Navy dan Taupe.


Untuk wanita, model Skechers Slip-Ins: GOwalk Max Cushioning Flex – Remi menampilkan ciri tambahan seperti Flex Pillars bagi kestabilan di pelbagai permukaan dan Natural Rocker Technology untuk peralihan langkah yang lebih lancar.
Reka bentuk mesh dengan perincian cetakan 3D memberikan sentuhan kemasan yang kemas, manakala teknologi Air-Cooled Goga Mat, ULTRA GO dan Soft Stride memastikan keselesaan berpanjangan sepanjang hari.
Sama seperti kasut untuk lelaki, model ini turut ringan dan boleh dibasuh menggunakan mesin. Pilihan warna termasuk Black White, Grey Pink, Navy Pink dan Taupe Blue.

Untuk mendapatkannya, koleksi Skechers Slip-Ins: GOwalk Max Cushioning Flex ditawarkan pada harga bermula RM399 dan kini boleh didapati di kedai terpilih kedai konsep Skechersdi seluruh Malaysia, termasuk Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan Queensbay Mall.
Bukan itu sahaja, koleksi ini juga boleh dibeli secara atas talian melalui laman web rasmi Skechers Malaysia.