Malaysia Memacu Masa Depan Digital Melalui Inovasi Geospatial Bertaraf Anugerah
Afizzhar Adham

Esri Malaysia mengiktiraf sepuluh organisasi atas pencapaian cemerlang dalam penerapan Teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi memperkukuh perancangan, operasi dan penyampaian perkhidmatan awam. Anugerah yang disampaikan sempena GeoInnovation Malaysia 2026 ini menampilkan contoh terbaik transformasi spatial digital di peringkat nasional yang memberi impak nyata kepada komuniti di seluruh negara.
Bertemakan “From Innovation to Impact: Driving Operational Excellence Through Geospatial Intelligence”, acara ini menghimpunkan pemimpin sektor awam dan industri bagi mengetengahkan peranan transformasi spatial digital yang kini berkembang daripada sekadar sokongan teknologi kepada keperluan kritikal operasi, merangkumi pembangunan infrastruktur, pengurusan pihak berkuasa tempatan serta kerjasama data di peringkat nasional.
Seiring dengan usaha Malaysia mempercepat agenda ekonomi digital, keupayaan menterjemahkan data kepada keputusan yang lebih pantas dan tepat semakin menjadi penentu daya saing negara. Statistik terkini menunjukkan sektor ICT dan e-dagang menyumbang 23.4 peratus (RM451.3 bilion) kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2024. Dalam masa yang sama, penerapan bandar pintar terus berkembang dengan 75 pihak berkuasa tempatan diiktiraf di bawah Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia sejak 2023, selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengiktiraf 115 pihak berkuasa tempatan sebagai Smart City Early Adopters menjelang 2030. Dalam konteks ini, GIS berfungsi sebagai jambatan praktikal antara aspirasi digital dan hasil dunia sebenar, membolehkan keputusan lebih pantas, penyelarasan lebih baik serta peningkatan prestasi yang boleh diukur.
“Fasa pertumbuhan seterusnya Malaysia bergantung kepada sejauh mana kita mampu menukar data kepada keputusan yang lebih baik, dan lokasi merupakan bahasa bersama yang menghubungkan manusia, aset, risiko dan perkhidmatan,” kata Tan Choon Sang (CS Tan), Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia. “Sebagai pemudah cara kepada juara GIS negara, kami membantu organisasi mengintegrasikan kecerdasan spatial ke dalam operasi harian bagi memperkukuh prestasi, meningkatkan hasil perkhidmatan awam dan menyokong pembentukan negara yang lebih celik spatial serta berdaya tahan secara digital.”
Menurut Esri Malaysia, transformasi paling berkesan bukan sekadar pelaksanaan teknologi, sebaliknya melibatkan perubahan organisasi yang berterusan di mana kecerdasan spatial diterapkan dalam aliran kerja, tadbir urus dan proses membuat keputusan. “Di seluruh Malaysia, kita melihat GIS digunakan melangkaui peta ke dalam operasi, pengurusan prestasi dan penyampaian perkhidmatan,” kata Joanne Loh Poh Choo, Ketua Strategi Teknologi Esri Malaysia. “Apa yang membezakan projek-projek pemenang anugerah ini ialah bukti impaknya, termasuk penjimatan masa yang ketara, kecekapan kos, penyelarasan yang lebih baik serta ketelusan yang dipertingkat — hasil yang penting kepada organisasi dan rakyat.”

Dari kiri ke kanan: Yang Dipertua Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban; Ho De Leong, Ketua Pegawai Eksekutif SWM; Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN); Tuan Shaiful Rizza bin Hj Piamin, P.P.T, C.A (M), Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS); Leslie Wong; Tan Choon Sang (CS Tan); TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, P.P.T, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS; Encik Mohamad Ramdan bin Ibrahim, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MPHS; Encik Mohd Lutpee bin Salleh, Ketua Jabatan Perancangan & Kejuruteraan Indah Water Konsortium (IWK); serta En. Muhammad Syafi’i bin Gampang, Ketua Unit Pengurusan Tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pemenang GeoInnovation Malaysia 2026
Anugerah Pinnacle diberikan kepada pelaksanaan GIS yang matang dan berprestasi tinggi, dengan penerima termasuk Gamuda Engineering Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Tenaga Nasional Berhad (Unit Pengurusan Tanah), Pusat Geospatial Negara (PGN), Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Seremban dan SWM Solutions Sdn Bhd. Projek-projek ini menunjukkan penerapan kecerdasan spatial secara menyeluruh bagi memperkukuh operasi, meningkatkan kecekapan, menyokong pembuatan keputusan berasaskan bukti serta mempertingkat koordinasi merentas jabatan dan agensi.
Sementara itu, Anugerah Rising Star mengiktiraf inisiatif baharu dan inovasi awal yang berpotensi tinggi, dengan penerima termasuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd dan Syarikat Air Perlis Sdn Bhd. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan usaha organisasi untuk membina asas transformasi digital berasaskan GIS, menyelaraskan data spatial merentas pasukan serta mempercepat proses perancangan dan pelaksanaan di lapangan.
Seorang ketua projek Anugerah Pinnacle dari Pusat Geospatial Negara (PGN) berkata penggunaan GIS telah menjadikan operasi lebih berdisiplin dengan keupayaan mengesahkan situasi sebenar di lapangan, menyeragamkan aliran kerja serta menyediakan bukti prestasi yang lebih jelas. Wakil projek Anugerah Rising Star dari Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) pula berkata pendekatan spatial bersama telah membantu mengurangkan pertindihan kerja dan mempercepat pembuatan keputusan merentas pasukan projek, operasi lapangan dan pengurusan.
GeoInnovation Malaysia 2026 berfungsi sebagai platform utama untuk mengiktiraf pencapaian serta menggalakkan kerjasama rentas sektor, membolehkan organisasi berkongsi amalan terbaik, memperkukuh keupayaan nasional dan mempercepat penerapan pendekatan GIS yang terbukti berkesan. Selain penyampaian anugerah, acara ini turut mengetengahkan aplikasi praktikal GIS dalam meningkatkan daya tahan operasi, kesedaran risiko dan keupayaan tindak balas bersepadu.
Organisasi yang sedang meneroka hala tuju transformasi digital digalakkan untuk berhubung dengan Esri Malaysia bagi memahami bagaimana GIS boleh memperkukuh perancangan, operasi dan penyampaian perkhidmatan, serta membuka peluang baharu melalui kecerdasan spatial.