ZUS Coffee Memperkenalkan ZUS Ngupi 2-Dalam-1 Kopi Putih – Rasa Kaw Tanpa Gula

January 29, 2026
Kopi

Lina Rosli

Bersempena sambutan Ramadan dan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, ZUS Coffee kini hadir dengan produk terbaharu untuk siri Ngupi mereka iaitu ZUS Ngupi 2-dalam-1 Kopi Putih Segera tanpa gula.

Pelancaran ini diadakan selari dengan acara Kongsi ZUS Coffee di Sunway Pyramid – yang akan berlangsung selama lima hari iaitu bermula dari 29 Januari sehingga 2 Februari 2026.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, ZUS Ngupi telahpun dilancarkan kepada umum pada Januari 2024 – yang mana ia hadir dengan empat pilihan perisa iaitu Kopi Coklat, Kopi Cham, Kopi O dan Kopi Putih 3-dalam-1.

Jadinya, dengan pengenalan menu baharu 2-dalam-1 ini, ia menjadikan jumlah pilihan perisa secara keseluruhan adalah lima.

Menurut ZUS Coffee juga, pelancaran ini mencerminkan komitmen ZUS Coffee untuk menjadikan kopi berkualiti tinggi lebih mudah dinikmati oleh semua, dengan penggunaan bahan premium pada harga yang berpatutan.

Tanpa penambahan gula, ZUS Ngupi 2-dalam-1 Kopi Putih Segera menawarkan rasa kopi yang lebih kaw dan seimbang, sesuai untuk mereka yang menggemari kopi putih asli.

Sejak membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 2019, ZUS Coffee terus berkembang dan melangkah ke segmen barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) pada tahun 2024. Kini, selain menikmati kopi bancuhan segar di kafe, pengguna juga boleh mendapatkan produk FMCG ZUS Coffee di lebih 23,000 titik pengedaran di seluruh negara.

Selain pilihan pracampur ini, ZUS Ngupi turut hadir dengan pilihan sedia minum yang mana ia hadir dengan empat pilihan perisa tempatan iaitu Klasik, Kopi Tarik, Kopi Putih dan Kopi Coklat.

Kesemuanya dihasilkan menggunakan teknologi triblendloc milik ZUS Coffee yang menggabungkan biji kopi Liberica tempatan untuk menghasilkan rasa yang asli dan mencerminkan identiti kopi Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd